spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Amerika sekat China zalimi minoriti

- Advertisement -spot_img

WASHINGTON- Baru-baru ini seorang finalist Miss International Malaysia 2022, berbangsa Cina bernama Abby Lee pernah membuat kenyataan malu mengaku menjadi rakyat Malaysia dan berharap China sebagai tanah airnya.

Abby Lee beruntung, beliau hanya menerima luahan dan kecaman netizen sahaja, namun tiada tindakan undang-undang diambil ke atasnya berbanding rakyat China di Amerika Syarikat.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken, mengumumkan sekatan baharu visa terhadap pegawai China atas tindakan mereka menindas kelompok minoriti etnik dan agama, baik di dalam dan luar negara terbabit.

Dalam satu kenyataan yang tidak mendedahkan butiran mengenai pegawai yang terbabit, Blinken juga menggesa China supaya sekali lagi ‘menamatkan pembunuhan kaum dan jenayah terhadap kemanusiaan’ di daerah barat laut Xinjiang.

supaya sekali lagi ‘menamatkan pembunuhan kaum dan jenayah terhadap kemanusiaan’ di daerah barat laut Xinjiang.

Xinjiang yang terjejas dalam kempen ‘antipengganasan’ bertahun lamanya, menyaksikan lebih sejuta orang Uighur dan kelompok minoriti Muslim lain ditahan di rangkaian kem ‘pendidikan semula’, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Blinken menjelaskan bahawa sekatan visa itu akan memberi tumpuan kepada pegawai China yang terbabit dalam dasar bertujuan menindas kelompok minoriti etnik dan agama, mereka yang membantah, aktivis hak asasi manusia dan wartawan.

Beliau juga menjelaskan bahawa tindakan pegawai itu meluas sehingga ke luar sempadan China, termasuk AS.

“AS menolak usaha oleh pegawai Republik Rakyat China (PRC) untuk menyerang, mengugut, mengawal dan menculik anggota kumpulan minoriti etnik dan agama, termasuk mereka yang mencari tempat berteduh di luar negara dan rakyat AS yang menunjuk perasaan bagi kelompok yang ditindas ini,” menurut Blinken.

“Kami sekali lagi menggesa pemerintah PRC supaya menghentikan kegiatan penindasan merentasi negara, termasuk percubaan untuk menutup mulut aktivis Uighur Amerika dan individu Uighur lain yang berkhidmat kepada masyarakat Amerika dengan menafikan kebenaran untuk keluar negara kepada anggota keluarga mereka di China,” tambah Blinken.

Sekatan itu susulan perbincangan Presiden AS, Joe Biden dengan pemimpin China, Xi Jinping menerusi panggilan video, di mana presiden AS itu menggesa Jinping supaya tidak memberikan sokongan kepada pencerobohan Russia terhadap Ukraine.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases