PULAU PINANG : Datuk Salleh Ahmad abang kepada Menteri Agama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meninggal dunia jam 1.10 petang tadi.
Berita itu disampaikan sendiri oleh Idris menerusi Facebooknya. Antara posting beliau,
Ahli keluarga terdekat yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia setelah menderita akibat strok.
Allahyarham adalah bekas pensyarah Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pakar syariah JAKIM.
Pakar Rujuk Hal Ehwal Agama PBB Malaysia, Ustaz Dr Nurul Haq Shahrir merakamkan takziah kepada keluarga Datuk Idris Ahmad.
Menurut beliau (Nurul Haq), selain mantan Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Haji Hassan Hj Ahmad, Al-Marhum Dato’ Mohd Saleh Hj Ahmad adalah satu-satunya tokoh ulamak intelektual yang Faqih akan mazhab Syafie dan mahir dalam segala bidang furu’ mazhab tersebut.
“Saya khuatir tiada pelapis yang dapat menggantikan kepakaran Allahyarham Dato Saleh dalam bidang Fiqh dan Usul,” katanya.
Wacanakini.com turut merakamkan takziah kepada Datuk Idris sekeluarga.