spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

5 ikhtiar BN demi kestabilan, kemakmuran Johor

- Advertisement -spot_img

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – Terdapat lima ikhtiar utama Barisan Nasional (BN) dalam usaha memakmurkan Johor dengan ekonomi yang maju, perniagaan bercambah, infrastruktur moden dan kualiti hidup yang terbaik.

Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, ikhtiar pertama adalah Kemajuan Ekonomi.

“Dalam masa lima tahun, kita berhasrat untuk mengembalikan ekonomi Johor. 

“Sesungguhnya ketidakstabilan politik yang melanda kita serta pandemik yang melanda kita telah membantutkan kemajuan dan prestasi ekonomi yang pernah dimiliki selama ini,” katanya semasa melancarkan Ikhtiar BN Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hasni Mohammad (tengah) dan kepimpinan BN Johor menunjukkan Ikhtiar BN Johor sempena PRN Johor, hari ini

Hasni yang juga Menteri Besar Johor berkata, ikhtiar kedua adalah Kesejahteraan Rakyat menerusi Johor Berkebajikan bagi memastikan Johor sifar miskin menjelang 2025.

“BN Johor akan memberikan bantuan kewangan tahunan bagi mengurangkan kos sara hidup termasuk bantuan sebanyak RM150 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan RM3,000 hingga RM7,000.

“Pada masa yang sama kos penjagaan anak akan dikurangkan menerusi taska milik Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Darul Takzim yang mana ia menawarkan yuran yang lebih berpatutan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, ikhtiar ketiga adalah Orang Muda Johor (OMJ) yang merupakan segmen masyarakat yang paling penting di negeri ini.

“Bagi memudahkan akses perumahan kepada OMJ, BN Johor akan mewujudkan lebih banyak rumah transit kepada OMJ yang layak dengan kadar sewa yang amat berpatutan.

“Selain itu, bantuan RM1,000 kepada OMJ yang pernah berkahwin dengan pendapatan bersama di bawah RM5,000.

“Bagi menyokong dan memajukan perusahaan OMJ, BN Johor akan menyediakan geran keusahawanan, khusus dalam bidang ekonomi kreatif, ekonomi digital dan pertanian moden,” katanya.

Ikhtiar keempat pula adalah pentadbiran berintegriti dan beberapa inisiatif bagi memastikan kebertanggungjawaban jentera kerajaan dapat dibudayakan.

“Antaranya memudahkan urusan rakyat dengan amalan pentadbiran digital, prestasi kerajaan untuk rakyat serta menjamin wakil rakyat di Johor dengan mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ikhtiar kelima pula adalah Reformasi Politik yang mana Johor akan memupuk naratif politik baharu yang matang bagi menjamin kestabilan masa depan rakyat dan negeri,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases