spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

307,000 wanita menganggur

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Kadar pengangguran dalam kalangan wanita Malaysia meningkat iaitu sebanyak 307,000 org, pada suku pertama 2021, berbanding 215,700 tempoh sama 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, situasi ini begitu membimbangkan serta memberi tekanan amat besar kepada kehidupan wanita terutama mereka yang mengetuai isi rumah, apabila terpaksa mengimbangi dwiperanan mengurus rumah tangga dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk seisi keluarga.

“Seterusnya, jurang gender yang ketara dalam bidang kepimpinan, politik dan pembuatan keputusan, merupakan satu kerugian kepada negara yang perlu kita tangani secara bersepadu dan menyeluruh.

“Ini kerana ramai wanita di Malaysia yang berkaliber dan berpotensi untuk memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi,” katanya.

Justeru, beliau percaya penglibatan wanita dalam organisasi-organisasi pentadbiran di pelbagai peringkat, boleh membawa perubahan yang besar kepada dasar-dasar dan undang-undang serta menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

“Menyedari hakikat itu, kerajaan akan terus cakna perihal kesejahteraan kaum wanita kerana saya yakin jika diberi peluang dan ruang, wanita mampu menjadi daya penggerak utama produktiviti dan ekonomi negara setanding dengan lelaki,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Wanita 2020 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Dalam belanjawan 2022, kerajaan telah mengumumkan pelbagai bentuk bantuan secara langsung dan tidak langsung, memberi manfaat kepada golongan wanita bagi membantu usahawan wanita sebanyak RM230 juta dana pembiayaan telah disediakan melalui program Sana Nita di bawah MARA dan Tekunita di bawah TEKUN.

Selain daripada itu, program MyKasih Capital dilaksanakan kerajaan turut memperuntukkan insentif dalam bentuk bantuan asas modal perniagaan bagi menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases