JOHOR BHARU – Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Begitulah pepatah Melayu yang membawa maksud tiada mustahil jika usaha itu dilakukan bersama-sama.
Dengan semangat kerjasama, lebih 30 orang sukarelawan dari Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Yayasan Wilayah Persekutuan turun padang membersih dan mengindahkan Pusat Komuniti Taman Desa Rahmat, Pulai, Johor.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim sentiasa menyeru warga KWP agar mengambil iktibar daripada bencana banjir yang melanda negara tahun lalu.
Ia mendidik rakyat agar sentiasa bersatu hati berganding bahu merasai susah senang bersama-sama.
KWP adalah cermin Negara Malaysia yang sentiasa bersedia secara sukarela untuk membantu Keluarga Malaysia di Johor.
Gelak ketawa, penat lelah dan suka duka, adalah Aspirasi Keluarga Malaysia.