spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

10.6 juta pelabur ASB rugi RM4 bilion jika Sapura Energy bangkrap?

- Advertisement -spot_img


KUALA LUMPUR : Amat mengejutkan apabila tular di media sosial gaji CEO Sapura Energy, sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di rantau ini dikatakan menerima gaji RM200,000 sehari.

Menurut kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, di sebalik berita mengejutkan itu, Sapura Energy pula dikatakan sedang diancam kebankrapan setelah mencatatkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.

Akibat kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan kerajaan
seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan
terjejas secara langsung.

Sekiranya Sapura Energy jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan
mengalami kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.

Di samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan kemungkinan
kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan seperti Maybank yang
mana PNB juga memiliki 50% daripada sahamnya.

PPIM memandang serius akan perkembangan korporat ini sebagai satu drama yang membuatkan rakyat marhaen terkesima lebih-lebih lagi apabila didedahkan pada 2018 Ketua Pegawai Eksekutifnya meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun atau lebih kurang RM200,000 sehari!

PPIM mendesak kerajaan supaya memandang serius akan gejala kurang sihat ini di mana
seseorang yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar gaji yang
melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di ‘bailout’, sekali lagi menggunakan
wang rakyat!

Mungkin jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata ianya sesuatu
yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila tiba-tiba wang rakyat, wang
kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah dipersia-siakan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases