KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf kepada mereka yang telah mengikuti jejak langkahnya menyertai urus niaga pelaburan tukaran wang asing atau forex.
Jejaka kelahiran Terengganu itu membuat permohonan maaf sebaik saja mengumumkan hasrat untuk menghentikan pembabitan dan meninggalkan dunia pelaburan itu.
“Assalamualaikum semua… Hari ini saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.
“Pada sesiapa yang telah terikut saya sebelum ini, saya minta maaf Senang cerita saya sudah cuci tangan.
“Doakan yang baik-baik untuk saya dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah,” kata Zizan.
Jelasnya secara ringkas menerusi perkongsia di Instagram miliknya, Zizan ingin menghentikan pembabitan daripada urus niaga berkenaan.
Zizan antara selebriti yang aktif berkongsi dan mempromosikan trend urus niaga mata wang asing itu menerusi laman sosialnya.