spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Warga asing dilarang bekerja atau meniaga di PBKL – DBKL

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mensyaratkan di dalam Undang- Undang Kecil (UUK) Pasar Borong (WPKL) 2002, pekerja bukan warganegara atau warga asing tidak dibenarkan untuk bekerja atau berniaga di dalam Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) selaku pemegang lesen, pembantu atau pekerja.

Sekadar gambar hiasan

DBKL juga telah membekukan permohonan lesen baharu bagi premis perniagaan di sekitar Pusat Bandar Utara bagi mengawal aktiviti warga asing yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

Tindakan penguatkuasaan pihak DBKL sering dilaksanakan terhadap premis-premis perniagaan yang dijalankan oleh warga asing di sekitar Pusat Bandar Utara. 

Tindakan kompaun serta ‘Surat Tunjuk Sebab’ terhadap pemegang lesen yang mengambil pembantu atau pekerja bukan warganegara tanpa permit kerja yang sah, turut dilaksanakan.

Pemantauan oleh DBKL secara harian mendapati, tiada pembantu atau pekerja bukan warganegara yang dilantik oleh pemegang lesen di PBKL. 

Sekadar gambar hiasan

Pekerja bukan warganegara yang masuk ke PBKL merupakan pekerja kepada pembeli atau pembekal yang berurusan dengan pemegang lesen di PBKL.

Manakala Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur baru mula beroperasi pada Jun 2021.  Malah, hasil pemantauan secara harian mendapati tiada pekerja atau pembantu bukan warganegara di pasar tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi premis-premis perniagaan yang berlesen di sekitar Pusat Bandar Utara adalah dibenarkan untuk melantik pembantu atau pekerja bukan warganegara sekiranya inividu tersebut mempunyai permit kerja yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Berikut adalah statistik tindakan penguatkuasaan bagi bulan Januari – Disember 2021di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan sekitarnya:

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases