spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

UMNO Johor Bharu mahu kerjasama Shahidan selesai isu miskin tegar

- Advertisement -spot_img

JOHOR BHARU : Timbalan Umno Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar berhasrat menyelesaikan masalah miskin tegar dan isu gelandangan dengan bantuan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Majlis perjumpaan bersama Jentera Barisan Nasional (BN) selepas pihak Wilayah Persekutuan (WP) mengumumkan Bahagian Johor Bahru dan Kulai untuk PRN Johor (ZON SELATAN) sebagai negeri angkat pada 13 Februari lalu.

“Ini merupakan perjumpaan pertama selepas pengumuman di buat pada 13 Februari lalu. Isu gelandangan dan miskin tegar di bandar adalah antara perkara yang perlu dibangkitkan.

“Bantuan daripada pelbagai pihak amatlah dialu-alukan jadi inisiatif Menteri Wilayah Persekutuan untuk menghulurkan bantuan ibarat langkah kanan. Ia sekali gus membuka ruang dan peluang kepada banyak lagi permasalahan untuk diselesaikan.

“Memandangkan Wilayah Persekutuan menjadi bapa angkat kepada kita, jadi Shahidan sekali gus bertanggungjawab untuk menjaga kita. Ini bagi memastikan kecemerlangan dan kemenangan BN,” kata Yahya.

Timbalan Umno Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar

Jelas Yahya, permasalahan yang cuba diselesaikan oleh pihaknya itu bertepatan dengan misi Shahidan untuk membasmi miskin tegar di sekitar Kuala Lumpur.

Yahya ditemui di majlis makan tengahari bersama Shahidan sempena Perjumpaan dengan 23 Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Ketua Sayap UMNO Bahagian Johor Bharu.

Tambah Yahya, mereka juga ingin menyelesaikan masalah setinggan yang timbul rentetan pandemik yang melanda bagi mengekang COVID-19.

“Kebanyakkan masyarakat yang tinggi di kawasan setinggan akibat kehilangan kerja dan putus punca rezeki terutama bagi mereka yang mencari makan di Singapura. Malah, kerajaan mengkaji inisiatif untuk membuka sempadan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases