spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tubuh entiti baharu sepak takraw tak selesai kemelut

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR, 6 Feb 2022 – Penubuhan entiti baharu bagi mewakili sukan sepak takraw bagi menggantikan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak dapat selesaikan kemelut malah terus berpanjangan jika diluluskan.

Entiti baharu berkenaan dijangka hanya terdiri dari sebahagian kecil ahli gabungan, tidak akan dapat menyelesaikan kemelut sukan berkenaan, malahan akan terus berpanjangan sekiranya diluluskan.

Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Dato Mohd Sumali Reduan berkata, Pesuruhjaya Sukan (PJS) seharusnya lebih memahami situasi mutakhir penyusunan semula PSM yang telah beberapa kali mengadakan pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik yang turut melibatkan G11 pada tahun lalu.

“PJS dipertanggungjawabkan membantu persatuan-persatuan sukan di negara ini sewajarnya menjadi pihak pendamai dan memahami denyut nadi majoriti ahli-ahli gabungan dalam PSM yang masih setia dan mahu PSM yang dah sedia ada ini diperkasakan.

“PJS juga sebelum ini telah membuat pendirian bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan entiti baru bagi menggantikan PSM kerana kemelut yang melanda PSM boleh diselesaikan dengan baik melalui rundingan beberapa pihak.

“Pihak PSM menyambut baik saranan serta pandangan PJS termasuk meminda Perlembagaan yan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada Oktober tahun lalu,” kata Sumali menerusi kenyataannya pada Ahad.

Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Mohd Sumali ReduanBeliau berkata demikian mengulas kenyataan daripada PJS, Tuan Ibrahim Mohd Yusof, pada hari ini yang memaklumkan akan mempertimbangkan entiti baharu bagi menggantikan PSM.

Kenyataan itu amat mengejutkan dan menjadi tanda tanya dikalangan ahli-ahli gabungan dalam PSM.

Sumber Astro Awani

Tambah Sumali, PJS seharusnya lebih memahami situasi mutakhir penyusunan semula Persatuan Sepaktakraw Malaysia yang telah beberapa kali mengadakan pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik yang turut melibatkan G11 pada tahun lalu.

“Dalam tempoh seminggu sebelum Mesyuarat Agung PSM (AGM) yang akan diadakan pada 12 Februari 2022 minggu depan, PJS telah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Saya berpandangan, PJS boleh menunggu sehingga AGM selesai diadakan untuk meneliti secara lebih terperinci keadaan serta kedudukan terkini PSM.

“Pada masa ini PSM mendapat sokongan daripada majoriti Persatuan Negeri dan ahli gabungan yang terus setia bersama PSM dalam menjadi badan induk bagi sukan sepaktakraw negara ini.

“PSM berjanji segala kemelut dan salah faham yang berlaku sebelum ini termasuk dengan pihak ASTAF akan dapat diselesaikan dengan baik dan fokus PSM dalam memastikan pembangunan sukan sepaktakraw negara ini diteruskan dengan baik.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases