spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tindakan tegas terhadap peniaga jual lesen meniaga bazar Ramadan – Shahidan

- Advertisement -spot_img

PUTRAJAYA : Menteri Wilayah Perseketuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengaut keuntungan dengan menjual lesen meniaga bazar bulan Ramadan yang dibuka oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Shahidan berkata KWP akan membuka peluang sebaiknya kepada peniaga di Wilayah Persekutuan yang ingin berniaga bazar pada bulan Ramadan bagi merancakkan ekonomi negara namun perlu jujur dengan lesen yang diberikan.

“Saya akan memperincikan butir lesen untuk meniaga tidak lama lagi. Peluang tersebut akan diberikan kepada mereka yang serius untuk berniaga sekali gus dapat menggerakkan aktiviti ekonomi pasca COVID-19.

“Kita akan membuka seluas-luasnya kepada mereka yang ingin berniaga dan jika kita berikan mereka lesen maka mereka kena berniaga dan tak boleh bagi pada orang lain untuk berniaga di situ.

“Tindakan akan dikenakan kepada mereka yang menjual lesen bazar kepada pihak ketiga bagi mengaut keuntungan. Mereka yang memohon perlu bersikap jujur dan tidak menjualnya pula.

“Pemikiran yang boleh menjual lesen tersebut tiada lagi. Sesiapa yang buat sedemikian kita akan ambil tindakan. Kita nak orang yang betul-betul ingin berniaga sahaja,” ujarnya.

Beliau mengulas mengenai perkara berkenaan sejurus program Walkabout Agrobazar dan Karnival Food Truck Putrajaya pada Selasa petang.

Menyentuh tentang prosedur operasi standard (SOP), KWP sentiasa mengikuti perkembangan kes COVID-19 dari we masa ke semasa untuk mengekang penularan wabak tersebut.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases