spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tiada lagi vaksin, SOP Covid-19 di New Zealand

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

WELLINGTON : New Zealand dijangka menarik semula arahan vaksin COVID-19 dan langkah penjarakan sosial, dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, bagaimanapun, enggan menetapkan tarikh bagi penarikan semula arahan itu.

Beliau menyatakan pengumuman itu, ketika penunjuk perasaan berhimpun di kawasan Parlimen sekali lagi bertempur dengan polis, bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya menghapuskan arahan vaksin, pada Isnin.

Katanya, arahan vaksin akan terus dikurangkan selepas varian Omicron mencapai kemuncaknya, yang dijangka pada pertengahan hingga akhir Mac ini.

“Kita semua mahu kembali kepada cara hidup sebelum ini. Kita akan, saya jangka lebih awal daripada yang anda fikirkan.

“Bagaimanapun, apabila itu berlaku, ia disebabkan langkah melonggarkan sekatan tidak akan menjejaskan kehidupan ribuan orang, bukan kerana anda menuntutnya,” katanya yang ditujukan kepada penunjuk perasaan, pada sidang akhbar mingguan.

Perhimpunan dmonstrasi itu bermula sebagai penentangan terhadap perintah vaksin, namun kemudian bertukar menjadi gerakan yang lebih besar terhadap Ardern dan kerajaannya.

Dilaporkan, lapan individu ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh dan melakukan halangan, dengan sisa buangan manusia dibaling kepada beberapa pegawai polis, pada hari berkenaan.

Terdahulu, New Zealand melaporkan kira-kira 16,000 kes COVID-19 dan 53 kematian sejak wabak itu melanda.

Jumlah yang agak rendah mengikut piawaian global, namun varian Omicron menyebabkan purata tujuh hari jangkitan baharu semasa mencecah lebih 1,600 kes setiap hari.

Kira-kira 94 peratus penduduk yang layak sudah divaksin, dengan suntikan diwajibkan bagi sebahagian kakitangan barisan hadapan. – AGENSI

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases