spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Telekom Malaysia iklan jual asetnya?

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Mengejutkan, syarikat komunikasi gergasi Malaysia, Telekom Malaysia Bhd (TM) dilaporkan sedang dalam proses ingin menjual aset terbesarnya.

Telekom Malaysia telah mengiklankan tawaran jualan aset miliknya, iaitu Menara TM yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan diIklankan menerusi The Star, dan juga di portal propertyguru.

Aset itu yang mempunyai ketinggian sebanyak 55 tingkat dengan keluasan 989,200 kaki persegi.

Meskipun begitu, jumlah harga bangunan berkenaan tidak didedahkan lagi sehingga saat ini.

Difahamkan, tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan Menara TM adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac ini.

Sumber The Star.

Bangunan itu dibina oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd pada 2001 dan berstatus pegangan bebas dan ketika ini dihuni sepenuhnya.

Menurut iklan itu, Menara TM yang dibina sebagai bangunan pejabat lengkap dengan helipad menawarkan pusat konvensyen seluas 92,431 kaki persegi, dewan serba guna, kompleks sukan, klinik, pusat fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan juga masjid.

Menara berkenaan dibina dengan kos sekitar AS$160 juta (RM669.3 juta) dan memiliki lebih 1,700 ruang letak kereta.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases