spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tak perlu kuarantin kontak rapat – KJ

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Prosedur pengasingan atau kuarantin bagi kontak rapat kes COVID-19 bakal dimansuhkan minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemansuhan itu akan bermula di sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Katanya, kontak rapat berlaku tanpa disengajakan dan apabila apabila ia berlaku maka terjadinya gangguan kepada ekonomi, pengurusan pekerjaan dan sebagainya dengan ketara.

“Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu dikenalkan dan bagi mereka yang dikesan kontak rapat mereka tidak perlu melakukan pengasingan jika tiada gejala.

“Sebaliknya hanya perlu melakukan ujian pada hari-hari tertentu.

“Satu pekeliling telah diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari,” katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Khairy menambah, kerajaan mungkin akan melaksanakan protokol yang sama kepada orang ramai sekiranya ia boleh dilaksanakan.

Katanya, beliau juga telah meminta Dr Noor Hisham untuk memanjangkan perkara itu kepada sektor kesihatan swasta jika mereka mahu melaksanakan protokol yang sama.

Sebelum ini, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani isolasi atau pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases