spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Susun strategi ikut kehendak rakyat

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR :  Datuk Khaidiriah Abu Zahar atau Dira meminta jentera parti Barisan Nasional menyusun strategi ikut kehendak rakyat.

Beliau yang mencipta sejarah tersendiri sebagai selebriti pertama bergelar wakil rakyat berkata, sensitif dengan apa yang rakyat mahu adalah kunci kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lalu.

Datuk Dira berharap rakyat Johor terus bijak memilih.

Dira berkata demikian menerusi pengalamannya yang meraih sokongan tertinggi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam PRN Melaka lalu.

Beliau ditemui di Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Jentera Barisan Nasional Muar yang bertempat di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah Bangunan UMNO Bahagian Muar, Johor.

Beliau juga berharap kemenangan itu diteruskan di Pilihan Raya Negeri (PRN ) Johor yang dijadualkan pada 12 Mac depan dengan mengenegahkan calon yang berpontensi ditonjolkan dan diberikan peluang.

“Melaka adalah antara negeri terawal yang melaksanakan kempen mengikut norma baharu dan aplikasi yang sama turut diterapkan di Johor. Mereka juga turut banyak membantu terutama di Rim dan Jasin.

“Saya berpendapat Barisan Nasional dapat menawan semula Johor dengan menampilkan calon-calon yang berpotensi. Apa yang penting adalah untuk menyusun strategi mengikut sensitiviti masyarakat sekeliling. 

“Apatah lagi, BN juga sudah membuktikan khidmat dalam pelbagai aspek sebelum ini. Malah pembangunan dan keharmonian di bawah pucuk pimpinan Datuk Seri Hasni juga telah terbukti,” katanya kepada Wacanakini.com. 

Tambah Dira, dia berharap kestabilan politik di bawah pimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad harus diteruskan. 

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Seramai 49,290 petugas SPR akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN membabitkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara keseluruhannya jumlah pusat mengundi sebanyak 1,084 buah dengan 4,720 saluran.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases