KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikatakan mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan hari ini.
Nama Rohana semalam dilaporkan meletup dalam enjian carian Google mencatatkan lebih 23,000 ciapan manakala “1MDB” menjadi topik lebih 45,000 ciapan.
Dipetik daripada Utusan Malaysia, satu siasatan telah pun dijalankan SPRM berikutan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner dalam dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat semalam berhubung pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta kepada Rohana.
Sumber memberitahu media itu berkata, siasatan itu akan dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.
Terdahulu, perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat menjadi lebih hangat selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan dengan Rohana.
Memetik laporan Bloomberg, ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan berkenaan, Leissner memetik beberapa termasuk Rohana, menjelaskan hubungan itu sudah berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.
Leissner turut ditanya sama ada dia pernah memberikan sejumlah wang diterima daripadanya semasa bekerja dengan 1MDB dan dia mengaku, malah membelikan kekasihnya rumah tersebut pada 2013 selepas Rohana mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.
Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang.
Tidak banyak maklumat berkaitan Rohana, bagaimanapun, beliau dilaporkan sebagai bekas CEO Astro dan telah berkhidmat dengan syarikat media tempatan itu selama kira-kira 20 tahun dan meninggalkan Astro pada 2019.
Jelas Leissner, dia telah membincangkan hubungannya dengan Rohana kepada majikannya ketika itu merangkap bekas Ketua Asia, Richard Gnodde ketika awal permulaan hubungan berkenaan.
Katanya, ia adalah perkara sensitif kerana Goldman berurusan (perniagaan) dengan Astro manakala Richard pula yang kini menjalankan perniagaan bank antarabangsa memberitahu supaya dia berhati-hati tentang hubungan dengan kliennya (Rohana).
Bagaimanapun, kata Leissner, dia meneruskan hubungan itu selama 10 tahun lagi dan hampir semua orang di wilayah Asia Tenggara mengetahui perkara tersebut.