KUALA LUMPUR: Keputusan mengejutkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mewujudkan entiti baharu bagi mengantikan Persatuan Sepak Takraw Malaysia menerajui sukan olah raga ini telah memberikan satu kejutan dan impak besar ketika ini.
Pelbagai pihak melontarkan rasa kecewa, terkejut dan tidak puas hati termasuk ahli gabungan PSM yang mendakwa keputusan bodoh dan tergesa-gesa.
Hasil tinjauan yang dibuat menerusi laman Facebook, pengguna media sosial telah meluahkan pelbagai pandangan yang sama.

Mereka menuntut agar Dato Mohd Sumali dikekalkan sebagai presiden PSM kerana mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang berkredibiliti.
Kata pengguna FB, Kamal Misri, Dato’ Mohd Sumali perlu dikekalkan kerana beliau menaikan nama sepak takraw Malaysia.
“Siapa yang kenal taulah misi dan visi beliau dalam memartabatkan sukan sepaktakraw, “good luck,” katanya
“Terbaik, calon Presiden Dato Mohd Sumali Reduan, antara tokoh yang mampu menjulang PSM dengan lebih gemilang dimasa akan datang, semoga berjaya DMSR,” kata pemilik FB Dedy Al Fayed.
Komen pemilik FB Nakhoda Trong pula mencadangkan orang muda, orang banyak idea dan boleh buat kerja.
“Calon paling sesuai, Dato Sumali Reduan,” katanya.
Berikutan mesyuarat agung tahunan (AGM) PSM 2022 yang bakal diadakan pada 12 Februari nanti, beberapa senarai pencalonan sudahpun diberikan untuk menerajui Persatuan Sepak Takraw (PSM) untuk masa akan datang.
Antara pencalonan jawatan yang disenaraikan adalah Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden untuk PSM 2022 ini nanti.
Calon bagi presiden menyaksikan dua percalonan yang pertama adalah Dato’ Mohd Sumali Reduan, (Presiden Persewip). Beliau mempunyai tujuh pencalonan.
Bagi kategori sama, calon kedua adalah YB Haji Zuraidin Haji Abdullah, (Presiden Gastak), yang mempunyai dua pencalonan.
Manakala calon timbalan presiden menyaksikan Datuk Haji Abdul Halim Suleiman, (Presiden Psnj), yang mempunyai lapan pencalonan.
Calon kedua adalah Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan, (Presiden Persedar) yang mempunyai tujuh pencalonan.
Calon ketiga adalah Dato’ Mohd Sumali Reduan, (Presiden Persewip) yang mempunyai dua pencalonan, keempat YB Haji Zuraidin Haji Abdullah (Presiden Gastak) yang mempunyai satu pencalonan.
Bagi jawatan naib presiden, menyaksikan lima nama disenaraikan yang pertama, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (Presiden Psnt) yang mempunyai sembilan pencalonan.
Calon kedua Datuk Abu Jimi Samat, (Timbalan Presiden Psnp), mempunyai sembilan pencalonan, ketiga Datuk Awang Sham Amit, (Presiden Astaka) mempunyai tujuh pencalonan.
Manakala keempat pula, Dato Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Presiden Persedar yang mempunyai dua pencalonan dan kelima Datuk Haji Abdul Halim Suleiman (Presiden Psnj) mempunyai satu pencalonan.
Difahamkan, semua calon perlu memberikan jawapan sebelum 10 Feb 2022 (Khamis) jam 12.00 tengahari, sebelum meneruskan proses pencalonan seterusnya dan calon hanya dibenarkan bertanding hanya 1 (satu) jawatan sahaja.