spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan mahu penjaja, peniaga lebih aktif

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyuarakan hasrat untuk membantu para Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan supaya berkecimpung lebih aktif dalam bidang perniagaan.

Shahidan berkata, pihak kementerian juga telah membantu peniaga di Wilayah dan seluruh Malaysia dengan memberikan lesen percuma sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) dan kembali disambung pada Jun hadapan.

“Saya percaya para penjaja mempunyai semangat yang tinggi untuk menggerakkan peniaga- peniaga kecil supaya berkecimpung terus dalam perniagaan mereka di Wilayah dan juga seluruh Malaysia.

“Apa yang pasti, saya akan membantu mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dan penglibatan mereka lebih aktif. Malah, di Wilayah kita memberi lesen percuma sepanjang PKP dan akan disambung Jun nanti.

“Kita juga ingin membuat persediaan untuk menyediakan kiosk khas buat golongan muda. Dalam masa yang sama untuk menyertai persatuan peniaga-peniaga kecil,” kata Shahidan.

Sekitar Disember lalu, Shahidan memaklumkan bantuan bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di bawah skim tersebut memandangkan negara masih berdepan ancaman COVID-19 dan cabaran ekonomi.

Beliau ditemui ketika menghadiri Mesyuarat Agong Pemilihan Kali Ke-15 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu.

Shahidan turut mengingatkan peniaga agar mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan serta tidak berniaga di lokasi yang boleh mengganggu laluan dan ketenteraman awam.

Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenal pada 15 Nov tahun lepas bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases