spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan dedah rahsia sihat di usia 70 tahun

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kongsi petua kekal sihat pada usia cecah tujuh dekad.

Amalan beliau adalah berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.

Menjengah ke usia 70 pada tahun ini, Shahidan menggunakan kesempatan beriadah pada setiap hari untuk melempiaskan bebanan kerja dan sekali gus merencana pelbagai impian untuk masa hadapan.

“Saya suka berjalan seorang diri kerana saya mempunyai ‘pace’ sendiri. Sambil berjalan, saya menggunakan kesempatan itu dengan menyimpan angan-angan dan memasang impian.

“Malah, saya lebih selesa berjalan tanpa ditemani polis atau pengawal peribadi. Ini yang mana saya sendiri tidak mempunyai pengawal peribadi, jika apa-apa ada polis. Sesiapa mahu mencekik saya atau sebagainya, kerana negara ini ada undang-undang.

Gambar ihsan Facebook Perbadanan Putrajaya

“Apatah lagi, saya mempunyai misi untuk melunaskan 10,000 langkah setiap hari. Dalam kesibukan bekerja, saya ingin memastikan misi itu berjaya diselesaikan,” katanya kepada WacanaKini.com

Namun, jangan pandang rendah aktiviti senaman berjalan laju (brisk walking) kerana ia juga boleh memberikan manfaat kesihatan yang optimum kepada tubuh.

Gambar ihsan Facebook Perbadanan Putrajaya

Berjalan laju ialah satu daripada senaman kardio yang paling mudah dan berkesan.

Dalam pada itu, Shahidan turut berkongsi mengenai gaya langkah panglima yang sering diterapkan olehnya ketika bergambar. Baginya, gaya itu mempunya erti dan maksud tersendiri.

Gambar ihsan Facebook Perbadanan Putrajaya

“Yang paling hebat adalah keberanian dan sifat itu tidak dimiliki oleh setiap individu. Hanya sesetengah orang saja yang mempunyai sifat itu.

“Hanya mereka yang memiliki sifat itu berani menegakkan prinsip dan pendapat biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan,” kata Shahidan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases