spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Saya terima apa yang terjadi sekarang ini – Hanafiah Dolah

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR:  Seperti mana kita ketahui, Mohd Hanafiah Dolah satu nama yang tidak asing dalam arena sukan sepak takraw kerana banyak mengharumkan nama negara satu ketika dahulu.

Bekas pemain kebangsaan ini, kini dalam pasukan KL Thunder dan kini sedang berentap dalam Kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022 yang sudah memasuki minggu ke 6.

Barisan pemain KL Thunder

Walaupun kini dalam persiapan memantapkan diri dalam perlawanan seterusnya Kejohanan Emas Anuar, timbul pula dakwaan yang mengatakan prestasi anak kelahiran Terengganu ini semakin menurun dan mungkin faktor kecederaan yang dialaminya sebelum ini mengakibatkan dia kurang “perform”.

Menurut Hanafiah, dia akui kurang berpuas hati dengan prestasinya kini kerana mengimbau sejarah kecederaan yang pernah dialaminya sebelum ini serta lebih berjaga-jaga.

Hanafiah kiri sewaktu sesi latihan untuk minggu ke 6 Kejohanan Emas Anuar

“Dari segi prestasi memang kurang berpuas hati setakat ini memandangkan ada sejarah kecederaan sebelum ini, mungkin sebab itu menjadi faktor saya kini lebih berjaga-jaga dalam setiap perlawanan, satu lagi sekarang ini saya kurang “fit” jadi itu faktor yang menyebabkan prestasi saya kurang sikit

“Sewaktu bermain, saya tidak berfikir langsung mengenai kecederaan ini, cuma kadang-kadang bila terkena gegaran sedikit, baru saya tersedar dan terus berjaga-jaga serta beringat.”luah apit kanan KL Thunder.

Tambah Hanafiah, meskipun menerima dakwaan tersebut, dia akur segala yang terjadi kepadanya kini dan tidak melemahkan semangat buatnya untuk membantu KL Thunder memenangi Kejohanan Emas Anuar pada kali ini.

“Apa pun, saya kena terima apa yang terjadi sekarang ini, sebab kali terakhir saya bermain untuk Malaysia pada tahun 2018,

“Selepas itu memang kurang untuk membuat latihan, lebih kepada berehat untuk pulihkan kecederaan yang dialami, apa pun, untuk perlawanan STL kali ini, saya akan tetap berikan yang terbaik untuk KL Thunder,” ujar Hanafiah Dollah.

Azlan Alias

Bila ditanya mengenai rakan seperjuangannya, apit kanan KL Thunder, Azlan Alias, berkata, rakannya kurang mendapat sentuhan berbisa ini kerana kekurangan latihan, sekiranya mendapat latihan mencukupi pastinya prestasi Hanafiah akan kembali seperti biasa.

“Bagi saya Mat Nafi ni, dia bukannya kurang prestasi dari segi permainannya, cuma mungkin kurang lakukan latihan sepenuhnya, jadi bila STL ni baru dia lakukan latihan, sekiranya dia lakukan latihan seperti biasa, mungkin sengat berbisa tu akan dapat kembali

“Sekarang rentak permainan dia mungkin akan dapat, tapi cepat atau lambat saja, sebab kemahiran asas dia memang sudah ada, hanya perlu kembalikannya semula, “ kata Azlan Alias, pemain KL Thunder.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases