Yan : Gara-gara tidak memberikan wang untuk membeli dadah, seorang pesakit mental tekad memukul dan menendang kepala bapa tirinya di luar kediaman mereka di Kampung Ruat pada jam 8.30 pagi.
Difahamkan, kejadian itu disaksikan ibu pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) berkenaan.
Kejadian itu dirakam dan video berdurasi 30 saat tular di media sosial hari ini, dengan aksi penagih itu tanpa belas ihsan bertindak kejam terhadap bapa tirinya.
Ibunya meminta bantuan orang kampung melaporkan kejadian itu kepada polis.
Ekoran penularan rakaman berkenaan, berapa penduduk kampung telah datang ke lokasi kejadian dan memukulnya kembali.
Video yang berdurasi satu minit itu, memperlihatkan tindakan dua orang penduduk kampung yang berang dan dengan tindakan suspek mengasari ibu bapanya.
Rata- rata yang melihat video berkenaan telah meninggalkan komen yang kurang senang melihat perlakuan kejam terhadap warga emas terbabit.
“Satu-satunya video dipukul yang i sanggup tengok, sakit tau dia pijak tengkuk pak dia, sesuai dengan muka dia, geram aku,”komen heart tony.
“Kurang ajar sangatkan , Allah nak tunjuk kejap je,”komen Syawaniza_48
“Padan muka kau. Geram betul. Mak ayah tu tiada galang ganti tauu,” komen Nrsyareen
Hasil siasatan lanjut mendapati suspek adalah seorang pesakit mental dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental yang disahkan oleh isteri mangsa.
Siasatan masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.