JOHOR BHARU : “Kita pernah rebah pada Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) dan rakyat juga pernah menyatakan penyesalan kerana terpedaya ketika itu.
“Saya hormati apa saja matlamat yang bakal parti tentukan tetapi rakyat yang akhirnya akan membuat keputusan. Jadi kita harus percaya pada rakyat bahawa mereka akan memilih yang terbaik dalam kalangan yg baik-baik”.
Demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN)Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan, pemilihan calon-calon akan dimuktamadkan selepas rundingan semua parti-parti komponen.
Beliau menegaskan, kestabilan politik, ekonomi dan hubungan antara kaum merupakan kunci kepada kesejahteraan negara.
Tambahnya, kestabilan negara dapat dikembalikan seandainya Malaysia kembali ditadbir oleh kerajaan yang kukuh, dominan, berpengalaman dan mempunyai trek rekod dalam membangunkan Malaysia.
“Pendapat ini bukan berlebihan atau berunsurkan retorik, tetapi berlandaskan fakta dan kebenaran.
“Johor merupakan antara negeri termaju yang kini berada di tangga ke-8 namun mereka mahu kembali ke tangga pertama atau kedua.
“Malah, rakyat Johor juga bijak membuat pilihan dengan membuat perbandingan daripada pengalaman kerajaan sebelum ini. Ini yang mana mereka akhirnya sengsara dan hilang pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Taklimat dan Penyerahan Negeri Angkat Jentera Barisan Nasional (BN) Pusat Operasi Zon Selatan di Bandar Dato’ Onn, di sini.
PRN Johor bakal diadakan susulan pembubaran DUN itu pada 22 Januari lalu lepas.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.