spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Penunggang motorsikal maut digilis lori

- Advertisement -spot_img

Sungai Buloh: Tragis dan memilukan apabila berlaku kemalangan jiwa yang mengakibatkan seorang penunggang motorsikal telah maut ditempat kejadian di sini, hari ini.

Difahamkan,  lelaki terbabit meninggal dunia akibat tersepit di tayar belakang sebuah lori kontena di Jalan Sungai Buloh menghala Damansara Damai.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 8.16 pagi tadi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati terdapat kemalangan di lokasi yang membabitkan lori kontena dengan sebuah motosikal Honda EX5.

“Penunggang motosikal terbabit dikenali Danial Imran Kamarolzama berusia 31 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, anggota bertindak membawa keluar mangsa menggunakan peralatan ‘air lifting bag’ dan jentera lain.

“Kami mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber Harian Metro.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases