spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Penubuhan MSC dibimbangi buka ruang rasuah, kroni?

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Jika kita lihat sekali imbas, kemelut antara Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ASTAF) masih belum ada sinar penyelesaian sehingga saat ini.

Meskipun Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali telah menyatakan hasrat dengan merendahkan diri untuk mengadakan sesi rundingan bagi menjernihkan keadaan serta isu yang berbangkit.

Datuk Sumali ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan PSM sebelum ini.

Namun, timbul pula isu lain yang hangat diperdebatkan mengenai Pesuruhanjaya Sukan (PJS) yang mewujudkan entiti baharu Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC), didakwa ingin menggantikan PSM sebagai badan induk utama sebelum ini.

Ekoran itu, WacanaKini.com telah menghubungi bekas pemain kebangsaan sepak takraw, Zabidi Sharif dan menurutnya, kewujudan MSC ini juga mempunyai unsur “kroni” kerana hanya utamakan kenalan rapat dalam jawatan persatuan.

Zabidi Shariff

“Rasanya kalau penubuhan entiti baharu ini juga, besar kemungkinan akan ada unsur “kroni” kerana mungkin akan ada orang yang sama dalam jawatan persatuan sebelum ini.

“Kalau ada dua persatuan ini, ruginya nanti kepada pemain dan sukan sepak takraw kerana akan menjadi seperti taekwando, tidak ke mana pergi, perebutan jawatan oleh orang yang sama, sebab nanti seandainya ada perlawanan yang diwujudkan oleh entiti baharu ini, orang yang sama juga akan sertainya,” jelasnya.

Tambah pemain regu kebangsaan yang meraih emas di Sukan Asia Hiroshima 1994 itu, beliau mendakwa PJS sudah melakukan satu kesilapan besar dengan meluluskan entiti baharu meskipun terdapat unsur desakan daripada ahli gabungan.

“Satu kesilapan besar PJS kerana meluluskan MSC ini, kerana wajar ke ia tunduk kepada ASTAF?, meskipun ada unsur desakan.

“Bagi saya, PJS seharusnya tenang dalam membuat keputusan dalam membuka satu entiti baharu, kerana arena sukan takraw di Malaysia masih kurang dimata negara luar.

“Seharusnya kita rangka semula sukan sepak takraw Malaysia, mantapkan ia semula daripada akar umbi sehingga peringkat jawatan tertinggi, kita diam sebentar selama 5 tahun kemudian mulakan yang baharu dan kemungkinan satu masa nanti, ISTAF akan terima balik PSM.

“Selagi ada kepentingan peribadi dalam persatuan, mahupun dalam politik, mungkin tidak akan kemana, saya minta kepada yang pegang jawatan dalam setiap persatuan sepak takraw Malaysia, seandainya ada niat kepentingan peribadi dan kemasyhuran.

“Lupakan sajalah, bukan sukan ini yang dicari, kerana sukan sepak takraw tidak boleh menjadikan kita hebat seperti yang dibayangkan,” luah Zabidi Sharif.

Dalam pada itu, kelulusan yang dibuat oleh Persuruhanjaya Sukan (PJS) untuk mewujudkan entiti baharu didakwa tidak releven kerana didakwa ada berbaur campur tangan politik.

“Rasanya satu benda tidak patut diwujudkan sebab saya lihat, ASTAF dan ISTAF didakwa seakan menidakkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan dilihat sebagai campur tangan politik.

“Realitinya, kita tidak tahu apa rancangan mereka

“Kita sepatutnya tetapkan nama PSM ni, sebab badan ini sudah pun lama menerajui sukan ini.

“Dia ibarat kalau kepala di atas sudah tamat masanya, maka yang bawah juga habis, rasanya tidak salah untuk beri peluang kepada yang baharu ini.

“Ini kerana sejak kepimpinan Datuk Ahmad Ismail, sukan ini kekurangan dari segi kemajuan, semasa tapok pimpinan Tok Mad, menang sukan Asia, tetapi sebenarnya kami selaku pemain tidak mendapat pengiktirafan pun,” ujarnya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases