ALOR SETAR: Sepasukan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen Kedah telah menahan seorang individu ‘Wanted Person’ di perkarangan Stadium Darul Aman disini, hari ini.
Individu terbabit ditahan kerana dilaporkan dalam keadaan mencurigakan serta tidak berhenti semasa lampu isyarat merah.
Difahamkan, kejadian berlaku semasa (JSPT) melakukan Rondaan Cegah Kemalangan/Penguatkuasaan (RCK) di Jalan Stadium.
Suspek cuba melarikan diri dengan menyeberangi ke arah Hotel Seri Malaysia dan suspek tidak dapat mengawal motosikalnya jenis Honda Ex5 lalu tergesel dengan sebuah motokar jenis Produa Axia sebelum berjaya ditahan.
Hasil pemeriksaan lanjut keatas individu tersebut, mendapati terdapat 5 rekod lampau dan 1 ‘Wanted Person’.
Susulan itu, individu berkenaan telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Sumber: JSPT