Pendedahan nama-nama lain 1MDB, Tun M, Pejuang kenapa diam?
KUALA LUMPUR : Naib Presiden Parti Bumiputera Perkara Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman turut mendesak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) memberi respons terhadap pendedahan Tim Leissner itu.
Dalam beberapa kenyataan sebelum ini, Pengerusi Pejuang itu cuma mengaitkan Najib, Jho Low dan Putera Arab Saudi di dalam kes 1MDB.
Kenyataan Tun sebelum ini hanya menggambarkan seolah-olah seorang sahaja perompak, penyamun, penyangak yang bercanggah dengan kenyataan Leisnner.
“Pihak berkuasa di negara ini supaya mengheret semua individu dinyatakan di dalam prosiding perbicaraan yang dikaitkan dengan 1MDB di New York, Amerika Syarikat (AS).
“Jika kerajaan benar-benar mahu membanteras gejala rasuah ini, pendedahan yang dibuat di Mahkamah AS itu perlu diberikan tumpuan serius demi membersihkan nama baik negara,” katanya kepada media tempatan semalam.
Sementara itu, Hamidah turut mendesak Mahathir dan juga Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengeluarkan kenyataan berhubung pendedahan dibuat oleh Leissner itu.
“Saya antara rakyat Malaysia yang percaya bahawa konspirasi 1MDB hanya melibatkan Najib dan Jho Low sehingga saya dipecat daripada UMNO sedangkan terdapat individu lain yang terlibat di dalam konspirasi ini,” katanya.
Leissner memberitahu mahkamah bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pemindahan pertukaran asing sebanyak AS$1 bilion semalaman (overnight) daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI) selepas suami kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Tawfiq Ayman didakwa disogok untuk membolehkan perkara itu berlaku (‘make it happen’).
Perbicaraan di Mahkamah New York pada Isnin itu turut mendedahkan berkaitan pembelian sebuah rumah di London pada 2013 untuk kekasihnya yang juga seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media bernilai RM41.8 juta.
Perbicaraan bermula 14 Februari lalu di mahkamah persekutuan di Brooklyn, dengan pendakwa raya menuduh Ng, 49, menerima sogokan berjuta-juta dolar kerana membantu menggelapkan dana 1MDB.