spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pemilihan pimpinan PSM selesai, Sumali diangkat Presiden

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Jawapan kepada siapa menjawat Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi penggal 2022-2025 sudah terjawab apabila tempoh pemilihan tamat tengah hari tadi.

Dato Mohd Sumali Reduan.

Presiden adalah Dato Mohd Sumali Reduan.

Manakala dua jawatan Timbalan Presiden, Dato Abdul Halim Suleiman dan Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Naib Presiden pula Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Datuk Haji Awang Sham Amit dan Dato ‘ Abu Jimi Samat

Segala pengesahan jawatan berkenaan untuk Jawatankuasa Tertinggi akan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2022 pada hari Sabtu ini.

AGM akan berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan ia mengikut perancangan awal PSM sebelum ini.

Agenda utama AGM pada tahun ini adalah Pemilihan bagi Jawatankuasa Tertinggi PSM bagi penggal 2022-2025.

Antara Jawatankuasa Tertinggi PSM yang dipertandingkan adalah melibatkan jawatan utama Presiden (1), Timbalan Presiden (2) dan Naib-Naib Presiden (3).

Pada hari ini, PSM telah menerima kenyataan media Zuraidin Abdullah yang menyatakan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PSM.

Tarikh tutup pencalonan adalah 6 Februari lalu dan tarikh tutup pengesahan calon-calon yang bertanding adalah pada hari ini, jam 12.00 tengahari.

Sehubungan itu, PSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan 2022.

Semoga kepimpinan PSM yang baharu akan memberikan sinar baru kepada Sukan Warisan Budaya Bangsa.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases