spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pemain lebih patriotik, kontrak lebih tegas -BAM

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Sudah ludah jilat kembali.

Pemain badminton berusia 23 tahun, Lee Zii Jia dilaporkan akan kembali kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyertai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 pada 15 hingga 20 Februari 2022.

BATC 2022 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

“Isu sudah selesai, BAM mahu melahirkan pemain yang lebih patriotik pada masa depan,” menurut Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh ketika dihubungi Wacanakini.com.

“Kami akan memastikan kontrak bersama pemain lebih tegas dan menjaga kepentingan bersama ,” katanya.

Kenny Goh

Beliau menzahirkan harapannya, pemain perlu bersifat lebih patriotik, mementingkan kepentingan negara, menjaga imej negara di mata dunia berbanding diri sendiri.

Sebelum ini, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu ekoran surat berhenti beliau.

Zii Jia pula mengemukakan surat rayuan kepada BAM supaya menarik semula keputusan untuk membenarkannya menyertai kejohanan antarabangsa.

Dalam pada itu, Kenny berkata, sekiranya Zii Jia bergerak sendiri, segala kos latihan tidak ditanggung BAM.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu adakah Zii Jia akan membayar sebarang pampasan berhubung pemberhentian mengejutnya itu.

Sumber memaklumkan Wacanakini.com bayaran sebanyak RM300,000 itu diperlukan untuk membantu latihan pemain-pemain muda yang lain dalam memastikan kesinambungan kejayaan negara tidak terjejas.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases