spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pekerja tanpa ‘majikan’ bakal dilindungi undang-undang kerja

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR, 9 Feb 2022 – Pekerja tanpa ‘majikan’ atau ekonomi gig bakal dilindungi undang-undang kerja sejurus istilah pekerja bebas ini dipinda.

Pekerja ekonomi gig ini adalah trend atau sistem kerja bebas di mana pekerja perlu melaporkan aktiviti semasa kepada majikan, masa kerja ditentukan sendiri dan kontrak hanya untuk perkhidmatan.

Pekerja tanpa majikan adalah kelompok ekonomi gig

Pada ketika ini, takrifan ‘pekerja’ di bawah Akta 265, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) adalah individu yang terikat di bawah satu kontrak perkhidmatan dengan pihak majikan.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, pindaan istilah pekerja itu dibuat dibawah Akta Kerja 1955 atau Akta 265 pindaan 2021.

Kamarul Baharin Mansor

“Bacaan ketiga istilah pekerja ekonomi gig ini akan dibuat pada Mac ini di Dewan Rakyat sebelum ia dikuatkuasakan.

“MTUC sedang berurusan dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mendapatkan status pekerja ekonomi gig.

“Dengan luasnya istilah pekerja ini nasib rakyat yang bekerja sendiri seperti penghantar makanan, pemandu, penulis dan lain-lain akan terbela, dilindungi hak mereka, mendapat manfaat sama dibawah akta berkenaan,” katanya kepada Wacanakini.com

Dalam pada itu, Kamarul ketika diminta mengulas isu kebajikan yang diabaikan terhadap 1.2 juta pemain dan pengusaha pengangkutan darat, beliau berkata pindaan akta berkenaan adalah langkah baik bagi menyelesaikan satu peringkat isu berkenaan.

“Kebajikan mereka tidak terbela kerana mereka tiada kesatuan untuk mewakili, kesatuan pula boleh diwujudkan setelah ada akta yang membolehkan mereka bergerak dan bertindak.

“Untuk makluman, kesatuan sekerja secara tradisinya dianggap sebagai instrumen penting untuk melindungi kepentingan pekerja di tempat kerja.

“Kesatuan sekerja di Malaysia didefinisikan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebagai satu persatuan gabungan atau pekerja yang bekerja di Malaysia.

“Kesatuan sekerja bukanlah semata-mata organisasi yang memperjuangkan ekonomi pekerja atau merundingkan upah dan syarat-syarat pekerjaan dengan pihak pengurusan.

“Jadi dengan adanya pindaan akta ini, hak mereka akan dilindungi malah mereka boleh menuntut gaji minimum daripada syarikat yang menjadi tempat mereka memberi khidmat,” katanya.

Sistem pekerjaan gig dan ‘contract for service’ yang dipersetujui menjadikan pekerja ekonomi gig tidak tertakluk di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020.

Kerajaan melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada orang bekerja sendiri termasuk pekerja ekonomi gig seperti penghantar makanan dan perkhidmatan e-hailing sekiranya mencarum di bawah akta itu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases