spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

PAS mahu kerjasama untuk ‘survival’ kuasa dan wang, bukan untuk rakyat- Lokman

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Seperti dedalu api hinggap di pohon, hinggap di batang, batangnya mati, hinggap di ranting, rantingnya patah.

Begitulah perumpamaan perjuangan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) melalui Perikatan Nasional (PN) hanya untuk ‘survival’ dalam politik semata-mata, bukan kerana kemaslahatan Islam sejagat.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa PAS begitu beria-ia mempertahankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah ikhlas, bukanlah kerana keyakinan terhadap parti pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Tetapi kerana memerlukan dana dalam meneruskan kelangsungan politiknya.

Ini kerana, katanya, BERSATU sendiri menghadapi krisis dalaman apabila timbul krisis keyakinan dalam kalangan ahlinya sehingga ramai yang keluar dari parti itu.

“Bukan kerana mereka (PAS) yakin dengan BERSATU, tetapi memerlukan ‘funding’ (dana) yang mampu disediakan BERSATU selagi mana Mahiaddin dalam tu… hasil daripada kontrak yang diberi secara rundingan terus sepanjang tempoh darurat yang tidak memerlukan kelulusan Parlimen.

“Sudah pasti duit masih ada di tangan BERSATU. Jadi, saya tidak nampak sebab lain kenapa PAS nak terus kekal bersama BERSATU,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya, baru-baru ini.

Lokman turut menyelar PAS yang mementingkan politik daripada menjaga ukhuwah Islam malah menyifatkan parti itu tidak adil khususnya dalam isu pengagihan dana yang dilihat tidak saksama.

“Kalau dia kata dia (PAS) dengan BERSATU kerana umat Islam ke, ukhuwah Islam kejadah semua, sepatutnya dia menjaga umat Islam dalam UMNO seramai 4.2 juta ahli bergabung dengan dalam PAS seramai 1.2 juta ahli, itu lebih afdal.

“Kenapa dia nak jaga mungkin 100,000 ahli (BERSATU) saja? Jadi, kita boleh baca. Kita dah terkena PRU lepas, kita (BN) bantu dia, akhirnya duit yang kita bantu dia tidak diagih secara saksama,” katanya.

Menerusi tulisan ‘Minda Presiden’, portal sebuah berita sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap bersama MN dan akan mempertahankan PN.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, PAS tidak boleh hanya menjalinkan kerjasama politik dengan Umno bagi memecahkan fahaman asabiah.

“Agenda bagi memperkukuhkan PN dalam kerajaan merupakan persetujuan bersama.

“Bahkan, bagi meneruskan kelangsungan perubahan juga mewajibkan semua parti bersama gabungan PN yang mengumpulkan parti-parti yang menerima asas penting dalam perlembagaan persekutuan dan menolak mana-mana parti yang bertujuan selain daripada itu,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases