spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Orang ramai hargai anggota polis tutup tumpahan minyak

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Gajah mati tinggalkan tulang, harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama.

Orang yang berjasa tetap, akan dikenang sampai bila-bila walaupun sudah meninggal dunia.

Orang ramai memuji usaha murni seorang anggota polis trafik berpangkat Sub Inspektor, baru-baru ini yang menutup tumpahan minyak akibat kemalangan di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), berhampiran bangunan Angkasapuri.

Azman Shah Ishak, 57, dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu menabur tanah pada tumpahan minyak berkenaan bagi mengelakkan pengguna jalan raya terdedah kecelakaan.

“Kejadian berlaku pada Jumaat lalu kira-kira pukul 9 pagi, saya telah diarahkan untuk ke kawasan itu kerana terdapat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.

“Kemalangan berlaku kerana terdapat seekor ular sawa yang melintas menyebabkan seorang pemandu wanita terkejut dan brek secara mengejut. Ia menyebabkan dua buah kenderaan dibelakang kenderaan wanita terbabit berlanggar,” katanya ketika dihubungi KOSMO, di sini.

Katanya, kemalangan terbabit menyebabkan minyak enjin dari salah sebuah kenderaan tertumpah di atas jalan raya.

“Saya bimbang sekiranya pengguna jalan raya seperti penunggang motosikal boleh terbabit kemalangan. Jadi, saya mencari alternatif dengan menabur tanah di kawasan berminyak itu.

“Saya juga ingin memaklumkan, saya menggunakan tanah disebabkan bantuan dari petugas lebuh raya lewat tiba disebabkan kesesakan yang berlaku sejauh kira-kira 10 kilometer akibat kemalangan berkenaan,” kata anggota polis yang berkhidmat kira-kira 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, walupun tindakannya bersifat sementara, namun beliau berharap tiada pengguna lain yang tergelincir akibat tumpahan minyak berkenaan.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 32 saat di media sosial yang memaparkan keprihatinan anggota polis trafik, yang menutup tumpahan minyak dengan menabur tanah di kawasan terbabit.

Video berkenaan turut menerima pujian orang ramai yang berterima kasih dan menghargai jasa Azman Shah bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases