spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Nur Sajat rasmi tukar jantina, mahu kekal nama popular

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Usahawan buruan pihak berkuasa Malaysia, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, dilaporkan sudah menukar status jantinanya kepada wanita secara sah, di Australia.

Menetap di Australia sejak Oktober 2021, Nur Sajat, 35, berkata, proses menukar status jantina di negara itu sangat mudah malah berasa gembira seperti dilahirkan semula.

Meluah perasaan gembira menerusi IG Livenya, dia yang lebih popular dengan panggilan Nur Sajat juga mahu mengekalkan nama itu kerana menyifatkan sudah dikenali di seluruh dunia.

“Kini saya rasa lebih bebas dan boleh jadi diri saya sebenar, saya bangga dengan diri sendiri. Ini adalah saya, nur sajat, rasa seperti dilahirkan semula,
saya memang mahu tukar status jantina, saya nak bahagia, dan mahu orang terima saya.

“Saya bangga dengan nama nur sajat , satu dunia kenal nama ini
nama ni satu dalam sejuta tau,” katanya ketika disoal netizen mengenai status nama sebenarnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri daripada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab, pada 23 Februari 2021.

Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Seksuen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melakukan kewajipannya.

Usahawan itu kemudian menghilang sebelum dikesan melarikan diri ke Thailand selepas ditahan pihak Imigresen negara itu kerana memiliki pasport tidak sah pada 8 Sept 2021.

Nur Sajat kini berada di Australia dan memaklumkan negara itu banyak membantu memulakan kehidupan baharu di sana.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases