spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

MSC pecah belah sepak takraw negara?

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Penubuhan entiti baharu Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC), dilihat sebagai
memecahbelahkan komuniti sukan sepak takraw Malaysia.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), yang mengambil tindakan meluluskan MSC bagi menggantikan pertadbiran lama sukan sepak takraw iaitu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), akan mengeruhkan lagi kemelut sukan ini.

Tan Sri Mohd Yusoff Latiff.

Pengasas Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Tan Sri Mohd Yusoff Latiff, menegaskan PJS sepatutnya menjalankan tugas untuk menyatu padukan semua pihak yang terlibat dalam sukan sepak takraw ini.

“Ia keputusan yang kurang bijak, akan memecahbelahkan dalam kalangan sepak takraw dengan meluluskan entiti baharu itu,” katanya.

Syahril Mohd Rashid.

Pengurus Pasukan Sepaktakraw Selangor, Syahril Mohd Rashid berkata, kewujudan entiti baharu ini tidak wajar dilaksanakan, malah bakal menganggu sistem pengurusan sukan sepak takraw di Malaysia dan akan menambahkan kekeliruan antara ahli gabungan didalamnya.

“Penubuhan MSC, akan merosakkan pembangunan sepak takraw.

“Seperti kami yang berada di bawah pengurusan negeri ini, diibaratkan ada dua bapa, jadi ia akan menimbulkan pelbagai keliruan serta majoriti yang bersetuju atau tidak dalam sesebuah entiti itu,

“Perkara paling penting sebenarnya kita harus fokuskan kepada mengemaskini sistem pengurusan yang ada, arah tuju juga pasti akan berbeza dan orang yang ada dalam persatuan itu juga akan keliru dengan siapa yang patut kita ikuti,” luahnya.

Zuraimi Khamis.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus pasukan Johor Tigris, Zuraimi Khamis juga mempersoalkan kepentingan kewujudan dan meluluskan entiti baharu ini disaat kemelut ini berlaku.

“Dalam keadaan sekarang ini, PSM mempunyai sokongan yang sangat kuat daripada bersekutu dan gabungan ahli, sepatutnya perkara ini ia lebih mudah untuk diteruskan, MSC juga terpaksa daripada bawah.

“Persoalannya kenapa sekarang ini, perlu diluluskan lagi satu gabungan lain sedangkan mesyuarat sedang dijalankan seperti kehendak PJS.

“Cumanya sudah terang menunjukkan gabungan yang mempunyai 13 sokongan penuh bersekutu tidak digunapakai, kenapa perlu wujudkan entiti baharu yang hanya mempunyai tiga sokongan sahaja.

“Saya juga memohon agar ASTAF melihat keadaan ini dan tidak menekan PSM sedangkan kemelut ini boleh diselesaikan dengan cara baik, bagilah peluang terlebih dahulu kepada pucuk pimpinan baharu ini untuk menjelaskan keadaan yang berlaku saat ini,” katanya.

Tambahnya lagi, dia yang melihat sendiri presiden PSM Datuk Sumali Reduan yang merayu agar gabungan ahli untuk bersatu hati dan menjalinkan kerjasama kembali bersama PSM demi kemajuan sukan sepak takraw Malaysia.

“Mesyuarat Agung Tahunan PSM sebelum ini, saya mendengar Presiden PSM Datuk Sumali dan barisan jawatankuasa yang ada telah merayu dan merendahkan dirinya untuk merayu kepada semua yang keluar dalam gabungan PSM agar kembali semula dalam PSM

“Malah Presiden PSM, Datuk Sumali telah bersedia dengan hati yang terbuka untuk menerima mereka yang telah keluar daripada persatuan, malah Datuk Sumali juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan Presiden ASTAF dan menteri sekalipun untuk memberikan penjelasan akan kemelut yang jadi ini,” penolong pengurus Johor Tigris, Zuraimi Khamis.

Sementara itu, Presiden baharu PSM, Datuk Sumali Mohd Reduan telah meletakkan misi dan visi untuk membangunkan pembangunan sukan sepaktakraw di Malaysia, malah sedia berbincang dengan beberapa badan induk yang lain bagi menyelesaikan kemelut ini.

Menerusi ucapan beliau dalam AGM baru ini berkata, dengan perlantikan pucuk pimpinan baharu ini pastinya akan memberikan nafas baharu dan kemajuan untuk sukan sepaktakraw di Malaysia, dan berharap agar diberikan kepercayaan untuk menerajui PSM.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases