spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Menara Penguatkuasa simbolik kehebatan DBKL

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berharap Menara Penguatkuasa yang menelan belanja sekitar RM149 juta ini menjadi simbolik kehebatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia selaras dengan usaha DBKL merealisasikan aspirasi ibu kota sebagai bandaraya sejahtera untuk semua, menjelang 2030.

Beliau yang merasmikan Menara Penguatkuasa DBKL berkata, dalam tempoh terdekat Pelan Strategik Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2022-2026 juga bakal dilancarkan.

“Bangunan ini bakal menjadi lambang kehebatan DBKL dalam membentuk penguasa bandaraya yang akan merealisasikan aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandaraya sejahtera untuk semua menjelang 2030.

“Malah, Pelan Strategik Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2022-2026, selain pakaian seragam operasi serta ‘design’ pangkat yang baharu, ini supaya DBKL mempunyai identiti sendiri.

“Ia diharap dapat mewujudkan satu terma dan panduan kepada Jabatan Penguatkuasaan serta pemegang taruh dalam merancang dan memastikan pembangunan Kuala Lumpur terus berkembang maju seiring pemantauan dan penguatkuasaan holistik,” kata Shahidan.

Shahidan berucap ketika majlis perasmian Menara Penguatkuasa DBKL yang bertempat di Bandar Tun Razak, di sini pada pagi Selasa.

Tambahnya lagi, inisiatif ini turut membuka ruang dan peluang untuk pelabur membuat pelaburan di Kuala Lumpur, yang mana dalam masa sama membantu meningkatkan ekonomi negara.

Selain itu, pelan ini juga berperanan sebagai mercu tanda dan seragam baharu bakal menjadi simbolik kepada DBKL untuk berdiri sama tinggi dan sama hebat dengan pasukan penguasa di bandar-bandar utama seluruh dunia.

“Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sedar bahawa peranan pegawai penguatkuasa adalah penting dalam mencapai jangkaan dan harapan masyarakat terhadap agenda kesejahteraan dan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur.

“Pastinya saya berbangga dan berterima kasih kepada DBKL, khususnya pegawai dan anggota penguatkuasa yang memainkan peranan dalam memupuk kesedaran rakyat melalui penguatkuasaan undang-undang.

“Melalui usaha pemerkasaan dan tranformasi ini melalui penyediakan Pelan Strategik Penguatkuasan DBKL dan infrastruktur kerja yang baru, besar harapan saya agar semua warga DBKL, khususnya penguatkuasa, untuk sentiasa peka dan responsif dalam tuntutan kerja semasa,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases