spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Lupakan PAS, tumpu raih sokongan bukan Melayu – Khaled

- Advertisement -spot_img

Oleh NURMAN NASYRIQ

JOHOR BAHRU – UMNO tidak perlu melayan karenah PAS yang dilihat sebagai ‘gila talak’ sebaliknya memberi tumpuan meraih sokongan masyarakat majmuk Johor yang akan menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakan-rakan UMNO dalam BN mesti memahami  bahawa kemenangan mereka tidak lagi boleh disandarkan kepada UMNO semata-mata dan perlu meyakinkan pengundi bukan Melayu bahawa BN mesti dikembalikan semula sebagai kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

“Meningkatkan sokongan bukan Melayu mesti menjadi strategi paling penting. Pertama, kita mesti kembali kepada formula politik berkongsi kuasa dalam semangat perkongsian yang tulen.

“Bukan hanya melantik seorang dua wakil bukan Melayu dalam Kerajaan sebagai gambaran sebuah kerajaan yang inklusif.

“Keterangkuman mesti bersandarkan hasrat yang tulen dan murni, bukan pementasan wayang yang olok-olok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua, masyarakat bukan Melayu adalah bahagian penting dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik Malaysia.

Menurutnya, telah sampai masanya mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan dan menguruskan negeri dan negara ini secara bersama-sama dengan UMNO, parti terbesar orang Melayu.

Katanya, pengundi bukan Melayu juga perlu sedar dan menerima hakikat bahawa hanya dengan UMNO, kestabilan politik dan perkongsian kuasa itu boleh diuruskan dengan jayanya.

“Selama 61 tahun pengundi bukan Melayu memberikan kepercayaan kepada BN, sekarang adalah masa untuk kembali ke pangkuan BN.

“Walaupun BN bukan sempurna, tetapi ia pasti lebih baik daripada PH dan PN dalam menjamin kepentingan politik bukan Melayu,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases