spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Lengkap dos penggalak untuk Islam Selangor sahaja -JAKIM

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

PETALING JAYA : Sebagaimana undang-undang syariah agama Islam yang berbeza di setiap negeri, walaupun agamanya satu sahaja, begitulah juga ketetapan dos penggalak.

Ketidaksamarataan peraturan syariah ini didakwa bukan sahaja menyusahkan tetapi menganiaya rakyat, sehingga tular di media sosial rata-rata luahan rakyat yang tidak berpuas hati bertanya adakah Islam Selangor berbeza dengan Islam negeri lain?

Malah Rani Kulup mengeluarkan kenyataan perli ‘adakah hendak masuk syurga pun kena lengkap dos ke?

Semua negeri kecuali Selangor menetapkan syarat lengkap dua dos sahaja bagi menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri masing-masing.

Syarat lengkap vaksin dua dos dan penggalak bagi menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau pula, hanya terpakai di Selangor.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan syarat lengkap dua dos dan penggalak untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di Selangor ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Yusoff berkata perkara berkenaan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

“Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.

“SOP (prosedur operasi standard) solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan negeri Selangor melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Feb menetapkan, syarat vaksin lengkap dua dos dan penggalak bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Jumaat.

Sejak beberapa hari lalu tular beberapa rakaman video menunjukkan jemaah tidak berpuas hati kerana dilarang menunaikan solat Jumaat selepas didapati tidak lengkap syarat tambahan itu.

Mengulas lanjut, Hakimah berkata, JAKIM menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ia bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases