spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Korbankan masa dan tenaga demi minat – pemain KL Thunder

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Sukan sepak takraw dilihat semakin mendapat tempat dihati penggemar sukan di Malaysia kini, tambahan pula, ia dihangatkan lagi dengan kemeriahan Kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022 yang sedang berlangsung ketika ini.

Namun disebalik kemeriahan itu, tahukah anda bahawa terdapat satu rahsia tersembunyi disebalik para atlet sukan ini.

Difahamkan, atlet sepak takraw berbeza berbanding sukan bola sepak apabila kebanyakan daripada mereka hanya menjadi pemain separuh masa meskipun pernah mewakili negara, malah sumber pendapatan juga dilaporkan berbeza dengan bola sepak yang jauh lebih tinggi nilainya.

Untuk makluman, kesemua pemain KL Thunder mempunyai pekerjaan tetap yang lain, meskipun mempunyai jadual yang padat, tapi ia bukan penghalang bagi mereka untuk melakukan sesi latihan atau beraksi dalam setiap kejohanan.

Menurut pemain apit kiri KL Thunder, Amirul Zazwan yang memegang jawatan dalam sektor awam, dia perlu melakukan sedikit pengorbanan apabila terpaksa ketepikan waktu rehat dan cutinya kerana dihabiskan dengan sesi latihan bersama pasukan.

Amirul Zazwan.

“Saya memang bekerja di Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama Syahir dan Azlan, tapi dalam masa yang sama sekarang ini kami sedang bercuti tanpa rekod, selama setahun dan kami bertiga ini dalam kem kebangsaan sebab tu kami dibenarkan membuat permohonan cuti tanpa rekod ni

“Kami memang sudah lama tidak masuk pejabat, walaupun cuti tanpa rekod tapi gaji tetap berjalan, itulah kelebihan majikan saya yang patut dibanggakan, terima kasih kepada (MARA) dan kami memang terhutang budi dengan jasa mereka,” ujar Amirul Zazwan kepada Wacanakini.

Selain itu, menurut tekong KL Thunder, Syahir Rosdi, berkata sehingga saat ini masih belum dapat bayangan untuk menjadikan atlet sepak takraw seperti bola sepak dan mengharapkan agar pada masa akan datang ada perubahan.

Syahir Rosdi

“Tahun sudah, saya bekerja sebab tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan, jadi saya akan bekerja daripada pagi sehingga petang, kemudian selepas habis waktu bekerja pula, saya akan fokus jalani sesi latihan, begitulah rutin harian saya

“Tidak diakui penat tu memang ada, tapi itulah liku yang perlu dilalui selaku pemain sepak takraw kerana setakat ini masih belum ada lagi bermain untuk sepenuh masa, jadi kami perlu melakukan pekerjaan lain untuk mencari sumber pendapatan, apa pun pengorbanan itu perlu ada, walaupun kadang-kadang letih.

Tambah Syahir lagi, dia meletakkan harapan tinggi supaya badan pihak berwajib dapat naikkan martabat sukan ini dan dapat merealisasikan impian para atlet sukan ini untuk menukarkan status kepada pemain sepenuh masa.

“Saat ini belum nampak lagi visi untuk jadikan sukan sepak takraw ini sebagai sumber pendapatan utama seperti sukan bola sepak, tetapi saya harap untuk masa akan datang, wujudkan pemain sepenuh masa, baik wakil negeri ataupun kebangsaan, dapat berikan gaji bulanan seperti pemain bola sepak” luah Syahir Rosdi.

Hanafiah Dolah.

Selain itu, pemain apit kanan KL Thunder, Hanafiah Dolah yang bekerja di Ibu Pejabat Lebuhraya Plus, perlu melakukan pengorbanan apabila terpaksa ketepikan waktu terluang bersama keluarga dan habiskan masa dengan melakukan sesi latihan selepas waktu bekerja.

“Memang waktu saya banyak dihabiskan dengan melakukan sesi latihan berbanding bersantai bersama keluarga mahupun rakan, inilah pergobanan yang perlu saya ambil untuk mengejar impian sebagai pemain sepak takraw.

“Saya mengharapkan akan ada perubahan pada masa akan datang untuk menaik taraf pemain sepak takraw ini setanding dengan pemain bola sepak, tambahan pula sekarang ini pemilihan presiden baharu dan harapnya ada anjakan paradigma disitu,” luah Hanafiah Dolah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases