KUALA LUMPUR : Minggu demi minggu juara bertahan KL Thunder semakin menunjukkan taringnya ketika berentap dalam gelanggang di Kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022.
Ia jelas terlihat apabila di minggu keempat, sekali lagi KL Thunder berjaya membenam pasukan lawan dan menang mudah ketika menentang Negeri Sembilan Antlers semalam.
Anak buah jurulatih Rashidi Nordin, tidak membuang masa apabila berjaya mengalahkan Negeri Sembilan Antlers dua set sahaja dengan mata 2-0, (21-11,21-13), kesilapan yang dilakukan pasukan lawan menjadi bonus buat mereka memenangi perlawanan.
Menurut penyokong KL Thunder yang merupakan seorang guru, Amirul Yusoff, berpendapat bahawa prestasi yang ditampil oleh para pemain KL Thunder untuk kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022 sangat memberangsankan malah jauh meningkat daripada tahun sebelumnya.
“Daripada minggu pertama sehingga minggu keempat ni, saya rasa dari segi prestasi serta keserasian pemain amat meningkat dari sebelumnya,
“Tidak diakui dari segi kepimpinan amat memainkan peranan, pengurusan yang mantap juga telah merubah KL Thunder daripada tahun sebelumnya, jadi pihak pengurusan telah melaksanankan tanggungjawab mereka dengan sempurna.
“Setelah melihat rentak permainan yang ditampilkan saya percaya untuk perlawanan seterusnya KL Thunder akan bangkit dan kekal berada di kemuncak kejayaan.
Selain itu, pasangan kembar, Mimi dan Nini, 19, turut hadir sama menyokong KL Thunder untuk perlawanan semalam, pemain Sepak Takraw Sukma Wilayah Persekutuan.
Ulas mereka, minggu demi minggu nampak peningkatan yang ditonjolkan para pemain, walaupun beberapa kesilapan kecil dilakukan tetapi tidak apa, kerana semangat mereka untuk bangkit setiap perlawanan tu memang ada, keserasian pun semakin mantap, berbeza sangat daripada sebelumnya.
“Mimi dan Nini yang merupakan pasangan kembar ini memberitahu sudah mengikuti perkembangan KL Thunder sejak 2016 dan mendakwa mereka berpuas hati melihat perlawanan yang dipamerkan semalam.
“Minggu pertama kami dapat melihat semangat berjuang KL Thunder ketika bertemu Bomba Fighter, mereka bermain seolah-olah berada di final,” ujar kembar ini.
Menurut salah seorang penonton KL Thunder yang merupakan pekerja sektor awam, dia melihat tekong utama KL Thunder Syahir kini sudah memainkan peranannya dan mengeluarkan taring bisa yang diperlukan oleh KL Thunder di minggu keempat ini.
“Permulaan yang lemah tetapi mereka bangkit untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukan, minggu demi minggu mereka berjaya tebus kembali contohnya daripada segi serangan
“Pertahanan KL Thunder juga mulanya agak goyah dengan “service” Syahir kurang menjadi, tetapi kini kita boleh lihat Syahir sudah dapat rentak yang dicari kini dan sudah keluarkan senjata berbisanya, walaupun Azlan tidak dapat beraksi ketika menentang Negeri Sembilan dan menggantikan Hanfiah, tetapi menjadi percaturan yang dibuat,” ujar Mohd Khairi, pekerja sektor awam.
Untuk perlawanan seterusnya KL Thunder bakal menentang pasukan Putrajaya Cyborg malam ini pada jam 8 malam, pastinya perlawanan yang dinantikan, dengan aksi yang dipamerkan anak buah Rashidi Nordin sebelum ini, tidak mustahil buat KL Thunder menang lagi malam ini.