spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL Thunder berjaya tundukkan Kelantan Warriors

- Advertisement -spot_img

KOTA BAHRU: Juara bertahan KL Thunder sekali lagi berjaya mengekalkan momentum di minggu keenam Kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022 apabila mampu tewaskan Kelantan Warriors dengan mata 2-0 di pusingan kedua.

Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Panji, Kota Bahru menyaksikan satu perlawanan sengit serta mendebarkan dengan sorakan gemuruh penonton.

Walaupun beraksi di kubu pasukan lawan namun ia tidak mematahkan semangat KL Thunder, kerana berjaya mendominasi perlawanan pada set pertama apabila percaturan yang dilakukan oleh jurulatih KL Thunder dilihat menjadi.

Aksi yang dipamerkan oleh pemain KL Thunder nampaknya cemerlang kerana berjaya menangkis beberapa serangan bertubi-tubi daripada Kelantan Warriors yang seakan-akan dahagakan kemenangan.

Set pertama KL Thunder mempamerkan aksi begitu memuaskan apabila tekong utama Syahir Rosdi kembali beraksi dan menyaksikan kemenangan buat KL Thunder apabila berjaya meraih mata 21-17.

Manakala di set kedua, kita boleh saksikan perlawanan yang sengit diantara kedua-dua pasukan apabila saling mengejar mata, tuan rumah dilihat memberikan sedikit tekanan kepada KL Thunder sehingga terpaksa memasukkan Ahmad Aizat bagi menggantikan Syahir, namun rezeki berpihak kepada KL Thunder apabila berjaya mengalahkan tuan rumah di set kedua dengan mata 22-20, sekali gus memenangi perlawanan sebentar tadi.

Syahir Rosdi, Kredit Stl.

Tekong utama KL Thunder, Syahir Rosdi akui staminanya agak berkurangan pada set kedua hingga terpaksa digantikan oleh Ahmad Aizat, menurutnya ia berlaku atas faktor direhatkan pada minggu lalu akibat kecederaan.

“Apa yang berlaku pada malam tadi, kita jadikan pengajaran sebab set pertama saya berikan sepenuhnya, namun di set kedua saya gagal kerana kurang stamina sebab selepas direhatkan minggu lalu akibat kecederaan, jadi Ijat main peranan begitu penting dan banyak membantu

“Strategi jurulatih memasukan Ijat di set kedua nampaknya berhasil, dan tidak sangka menang dua kosong, memang saya tidak jangka kemenangan malam ini, dan untuk perlawanan esok akan menentang Johor Tigris yang menggunakan tekong daripada Thailand, jadi kami perlu kaji rentak permainan mereka untuk memudahkan kami mengejar kemenenangan seterusnya,” luah Syahir Rosdi.

Amirul Zazwan, apit kiri KL Thunder

Apit kiri KL Thunder, Amirul Zazwan menzahirkan rasa bersyukur diatas kemenangan yang diperolehi menentang pasukan tuan rumah sebentar tadi meskipun menghadapi beberapa tekanan daripada pihak lawan.

“Alhamdulilah kami menang tadi, saya rasa kami dah pamerkan aksi terbaik, antara kami dan pihak lawan ia bergantung kepada siapa yang membuat kesilapan jadi ia kalah pada perlawanan tadi, tapi rezeki Allah nak beri kepada pasukan kami

“Debaran memang akan dirasai dan tertekan sedikit, “point net to net” tapi kami cuba serap tekanan itu sebaik mungkin dan alhamdulilah inilah keputusannya

“Saya terima kasih kepada jurulatih kerana dia membuat percaturan dengan baik dan bagi saya ianya berhasil untuk membuat KL Thunder menang dan buat masa ini apa yang saya boleh cakap, agak berpuas hati juga terhadap prestasi kami kerana diibarat berlawan dengan diri sendiri, tapi jangan cepat berpuas hati sebab banyak lagi perlawanan, yang penting kami akan perbaiki segala kelemahan untuk berhadapan perlawanan akan datang,” kata kapten KL Thunder Amirul Zazwan.

Rashidi Nordin, jurulatih KL Thunder.

Menurut jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin berkata, perlawanan malam ini bukanlah mudah buat KL Thunder, meskipun begitu, dia tetap berpuas hati dengan rentak permainan yang dipamerkan oleh para permain sebentar tadi.

“Pertama sekali, alhamdulilah KL Thunder berjaya untuk menang dengan Kelantan Warriors malam ini, jika kita dapat lihat perlawanan malam ini bukan perlawanan yang mudah, apabila tekong utama Kelantan Warriors cedera dan membuat pertukaran, jadi ia menjadi semakin sengit

“Saya terpaksa membuat pertukaran menggantikan Syahir di set kedua dan memasukan Aizat, jadi percaturan yang dilakukan alhamdulilah menjadi, serta membantu KL Thunder menang di set kedua

“Apa yang dipamerkan oleh pemain malam ini, saya berpuas hati, kerana mereka telah tunjukan satu kesungguhan yang begitu baik, perbincangan serta kerjasama begitu baik” ujar jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin.

Meskipun begitu, tuan rumah, Kelantan Warriors bukan sahaja terpaksa menanggung kekalahan 2-0 kepada Kuala Lumpur (KL) Thunder, malah turut kehilangan khidmat tekong utama Zukifli Abdul Razak dan perejam berbisa Fadzli Muhammad Roslan yang mengalami kecederaan pada aksi Liga Premier, Emas Anuar.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases