spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL Thunder berjaya tebus kekalahan

- Advertisement -spot_img

BAYAN BARU: Pasukan KL Thunder menentang Perak Bison menyaksikan satu perlawanan yang memukau apabila para pemain telah pamerkan aksi terbaik untuk mencari kemenangan sebentar tadi.

Perlawanan pada hari ini merupakan terpenting buat KL Thunder untuk mengekalkan kedudukan carta kedua dalam STL.

KL Thunder nampaknya telah bangkit dan menebus kekalahan yang berlaku semalam ketika menentang Selangor Piston apabila berjaya mengalahkan Perak Bison dengan mata 2-1.

Apa yang boleh dilihat, KL Thunder telah berjaya mendominasi permainan pada set pertama apabila percaturan yang dilakukan oleh dengan menggantikan pemain apit kanan, Hanfiah pada perlawanan kali ini dilihat menjadi.

Set pertama KL Thunder berjaya menguasai permainan dengan mata 21- 14, anak buah Rashid Nordin diibarat bangkit daripada tidur apabila mempamerkan aksi mantap ketika menentang Perak Bison.

Manakala di set kedua, Perak Bison kembali mengejar kedudukan dengan mata rapat 22-20.

Set penentuan menyaksikan kemenangan buat KL Thunder apabila berjaya mengalahkan Perak Bison dengan mata 21-15.

Norishisham Zairi.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan, Norishisham Zairi berkata, kemenangan yang diperolehi KL Thunder ketika menentang Perak Bison boleh dijadikan semangat untuk persediaan menetang pasukan tuan rumah, Penang Black Panthers esok jam 8 malam.

“Perlawanan pada awalnya apa yang boleh kita lihat, kecemerlangan di set pertama, namun bila menang di set pertama, mereka seolah-olah ambil sambil lewa kerana memberi peluang kepada pasukan lawan di set kedua

“Walaupun di set kedua kalah pada mata 20-22, namun pada set ketiga awalnya nampak daripada segi percaturan agak baik

“Kalau ikutkan, permainan yang ditampilkan oleh Hanafiah agak perlahan, tetapi sasarannya libasannya tepat, jadi ia akan mengelirukan pihak lawan,” ujarnya.

Hanafiah Dollah.

Menurut apit kanan KL Thunder, Hanafiah Dollah, menzahirkan rasa bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat membantu menebus kembali kekalahan yang dihadapi oleh KL Thunder semalam ketika menentang Selangor Piston.

“Alhamdulilah, hari ini kami berjaya menebus kekalahan yang semalam, atas berkat usaha dan doa daripada semua, akan tetapi saya kurang berpuas hati dengan hasil permainan yang ditampilkan sebentar tadi,

“Saya bermain dalam keadaan berjaga-jaga kerana saya berada dalam keadaan kurang sihat sikit, jadi bila nak lakukan halangan, ada perasaan gusar,

“Meskipun begitu, saya sudah cuba lakukan yang terbaik untuk pasukan dan membantu pasukan untuk mengekalkan kedudukan dalam STL, alhamdulilah rezeki berpihak kepada KL Thunder,” ujar apit kanan, Hanafiah Dollah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases