spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL Thunder bakal gempur Kelantan Warrior Jumaat ini

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Minggu keenam Kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022 bakal menyaksikan para pemain beraksi di kawasan pantai timur di Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu Kelantan.

Jika sebelum ini tuan rumah bagi Kejohanan Emas Anuar bertempat di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur selama lima minggu.

Kini KL Thunder bakal berentap dengan pasukan tuan rumah Kelantan Warrior pada hari Jumaat di waktu kemuncak iaitu jam 8 malam.

Manakala, pada Sabtu KL Thunder bakal bertembung dengan pasukan Johor Tigris pada jam 8 malam.

Pastinya debaran pemain KL Thunder akan dirasai kerana bakal berentap dengan pasukan tuan rumah yang pastinya merupakan kubu pertahan mereka dan kekuatan mental dan fizikal akan diuji.

Rashidi Nordin

Menurut jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin, akui perlawanan minggu keenam di Kelantan akan menghadapi sedikit tekanan dan segala persiapan rapi akan dilakukan bagi memperkemaskan lagi rentak pemain anak buahnya itu.

“Masa digunakan sebaik mungkin untuk persiapan menghadapi minggu keenam di Kelantan, mestinya ada sedikit tekanan dirasai apabila kita bertemu Kelantan di tempat mereka sendiri,

“Jadi KL Thunder perlu memperbaiki rentak permainan daripada segi pertahanan dan serangan kerana di minggu kelima kami telah tewas pada Negeri Sembilan, luah Rashidi Nordin.

Selain itu, jurulatih KL Thunder turut memberikan penekanan kepada pemain untuk menjaga kesihatan kerana itu merupakan faktor penting untuk mengekalkan prestasi ketika berhadapan di kubu pihak lawan.

“Apa yang saya tekankan buat para pemain adalah menjaga kesihatan kerana itu adalah faktor paling utama saat ini, sekiranya kita membuat persiapan begitu rapi tetapi tibanya di Kelantan pemain kurang sihat, jadi ia tidak berguna juga

“Faktor utama adalah para pemain harus menyerap tekanan di kawasan kubu lawan, meskipun permainan seperti biasa namun apa yang saya terapkan adalah harus bermain seperti biasa tapi fokus kepada setiap mata yang hadapi, paling penting adalah kerjasama kena kuat, harus saling ingat mengingati antara pemain,” ujar jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin.

Amirul Zazwan.

Menurut kapten KL Thunder, Amirul Zazwan, dia menitip beratkan kepada pasukannya untuk menguatkan kekuatan mental supaya boleh fokus dua kemenangan wajib ketika perlawanan di Kelantan nanti.

“Kami akan persiapkan daripada segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan pasukan tuan rumah iaitu Kelantan Warrior pada Jumaat ini, itu paling penting

“Kami juga akan fokus untuk mencari kemenangan di Kelantan nanti, bagi saya, setiap pemain perlu memberikan komitmen sebaik mungkin supaya tidak kecundang,” ujar Amirul Zazwan.

Amirul Zazwan yang merupakan apit kiri KL Thunder, berkata, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasukannya untuk misi mencapai kemenangan di Kelantan ini.

“Untuk perlawanan di Kelantan ini, saya tekankan kepada rakan-rakan untuk kekalkan prestasi, mental, paling utama adalah mental kerana kami sudah kalah hampir 4 kali, kalau boleh di perlawanan di Kelantan ini jangan kalah lagi,

“Manakala dari segi tekanan pula, kami akan cuba atasi sebaik mungkin supaya tidak terbuai ketika berada di tempat lawan, tapi saya yakin dengan rakan sepasukan kerana mereka mempunyai pengalaman yang banyak,

“Jadi itu tidak jadi masalah besar untuk kami, dan kami meletakkan misi untuk mencapai dua kemenangan minggu keenam di Kelantan ini,”luah Kapten KL Thunder, Amirul Zazwan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases