spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL City perlu kerja keras pertahan Piala Malaysia – Shahidan

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : “KL City perlu berkerja keras untuk memastikan kemenangan dapat dipertahankan bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

“Perlawanan Liga Super ada sasarannya tetapi matlamat utama adalah mengekalkan Piala Malaysia, kalau benar kita ingin menjuarai semua piala yang dipertandingkan”.

Begitulah ulas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang meluahkan hasrat berharap pasukan Kuala Lumpur City FC mempertahankan kejuaran Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu.

Beliau meletakkan sasaran agar pasukan itu dapat menjulang piala berprestij tersebut sekali lagi serta tidak melupakan perlawanan Liga Super yang akan berlangsung tahun ini.

Shahidan meluahkan harapan menggunung yang diletakkan terhadap pasukan KL City selepas menyaksikan perlawanan merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan di antara KL City FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Dalam pada itu, sempena kemenangan menjuarai Piala Malaysia tahun lalu, skuad bimbingan jurulatih Bojan Hodak tersebut turut menerima insentif bernilai RM1.5 juta. 

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases