spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kes tikam bayi : Bantu polis kesan Mohammad Hazuarie

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Pihak polis memohon orang ramai untuk membantu mengesan individu dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, bagi membantu siasatan kes pembunuhan bayi lelaki baru lahir dipercayai ditikam ibunya, Selasa lalu.

Difahamkan pihak polis daerah Kemaman mencari suspek bagi siasatan berhubung kes dakwaan memperkosa remaja berusia 15 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya sudah meminta Mohammad Hazuarie menyerah diri, namun sehingga kini pemuda itu masih belum berbuat demikian.

“Individu ini diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kami juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu bersembunyi,” katanya.

Hanyan berkata, polis sudah berusaha mengesan lelaki itu termasuk datang ke rumahnya di Bandar Seri Bandi, Chukai, Terengganu, namun suspek dipercayai melarikan diri.

“Kami percaya suspek melarikan diri ke bahagian utara Terengganu dan polis akan berusaha mengesan suspek sehingga dia berjaya ditahan.

“Orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana suspek berada bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

sumber Harian Metro

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases