spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kes 1MDB: SPRM minta AS kongsi nama individu terima wang 1MDB

- Advertisement -spot_img


PUTRAJAYA: Desas-desus sebelum ini yang mengatakan masih ada bukti baharu membabitkan senarai nama penerima wang 1MDB termasuk dikatakan parti politik di Pulau Pinang turut terkait, hampir sahih.

Malah, berikutan kewujudan ‘bukti baharu’ itulah yang mengheret Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menerima tekanan politik dan usaha menjatuhkannya, hipotesisnya oleh mereka yang berkepentingan.

Terbaru, SPRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi mendapatkan senarai nama yang didakwa menerima rasuah daripada bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner.

Azam ketika mengesahkan perkara itu berkata pihaknya juga sudah membuka kertas siasatan susulan aduan yang dibuat bekas Perdana Menteri Najib Razak tahun lalu terhadap pegawai bank berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengakui, usaha untuk mendapatkan nama berkenaan agak sukar kerana melibatkan individu dari luar negara dan terpulang kepada pihak AS untuk berkongsi maklumat yang diperlukan.

“Kita sedang berhubung dengan pihak AS jika mereka boleh kongsikan bukti baharu. Itu hak prerogatif mereka. Jika mereka nak kongsi, mereka akan sedia kongsikan bukti (nama),” katanya.

Azam berkata, SPRM tidak boleh bertindak sendirian dan perlu melalui Pejabat Peguam Negara serta undang-undang negara berkenaan untuk mendapatkan bukti yang diperlukan.

“Permohonan ini bukan kami boleh terus buat, kerana kita perlu melalui Pejabat Peguam Negara kerana sebarang keterangan luar negara yang kita nak peroleh mesti melalui ‘mutual legal assistance’ dan undang-undang negara berkenaan,” katanya.

Katanya, setakat ini pihak berkuasa AS sudah memberikan maklum balas namun masih belum mendedahkan nama yang terlibat.

“Setakat ini ada reaksi positif daripada AS tetapi mereka belum lagi dedahkan bukti diperlukan. Kami sedang cuba dan amat berharap (dapat senarai nama),” katanya.

Pada 27 Okt tahun lalu, Najib membuat laporan terhadap bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc itu di SPRM Putrajaya bagi membolehkan pihak berkuasa Malaysia menyoal, membawa balik atau meminta senarai nama daripada Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dalam usaha membersihkan namanya dalam kes 1MDB.

Najib dilaporkan berkata, tindakannya itu diambil kerana sudah habis usaha yang dilakukannya untuk mendapatkan senarai nama individu daripada syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia yang didakwa pernah disogok oleh Leissner seperti pengakuan salah lelaki itu di mahkamah AS pada 2018.

Pengakuan salah itu menyaksikan Goldman Sachs bersetuju membayar ganti rugi sebanyak USD3.9 bilion(RM16.4 bilion) kepada kerajaan Malaysia.

“Pada awal tahun ini (lepas), peguam saya berjaya memenangi kes di AS untuk mendapatkan senarai nama dalam pengakuan Tim Leissner yang disogok beliau.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases