Dilema yang dihadapi penternak ayam apabila wujud kawalan harga tanpa subsidi kepada dedak (makanan untuk ayam), mereka terpaksa kurangkan kemasukan ayam di ladang bagi mengelakkan kerugian yang teruk.
Bagi kebanyakkan orang awam mereka tidak faham kenapa harga ayam, telur naik atau kenapa berlakunya kekurangan bekalan ayam?
Begini ceritanya, untuk ternak ayam perlukan dedak sebagai makanan ternakan ini, apabila harga dedak meningkat tanpa diberi subsidi, kos ternakan turut terkesan dan membawa kepada kesan lain seperti kenaikan harga ayam dan sebagainya.
Diringkaskan cerita, kos bahan mentah seperti bijirin jagung dan soya yang dijadikan sebagai dedak telah meningkat harganya sehingga 50 peratus.
Kenaikan daripada RM80 bagi setiap 50kg kepada RM120 setiap kg. Bila meningkat kos ternakan meningkat dan harga ayam pasti meningkat itulah yang berlaku sehingga 4 Disember 2021.
Berbalik kepada kos dedak setahun, lebih 3.9 juta tan metrik jagung bijirin, lebih 1.4 juta tan metrik soya diimport.
Jadi bila bahan-bahan mentah ini naik harga, harga dedak meningkat.
Mengikut laman Facebook Wak Akob atau Yani Hardianata Hairuddin, pemilik ladang ternakan ayam, beliau dedahkan punca isu berlaku kenaikan harga ayam dan telur naik.
Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun. Harga bergantung apa? Bergantung kos.
Kos naik, harga naik, kos turun, harga turun. Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai.
Kemudian, pada tahun lepas harga bahan mentah import meningkat mendadak kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa dan faktor bekalan.
Jadinya, harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021), harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021), harga gandum meningkat. Semua ini, bahan-bahan yang menjadi kandungan utama dedak (lebih 80%) dan bahan-bahan ini, diimport.
Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya. Ayam daging ni, dedak-dedaknya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien, boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.
Baka-baka ayam ini kebanyakannya baka-baka import seperti COBB, ROSS, Indian River, mereka bukan makan jagung manis Cameron Highland, mereka makan jagung bijirin. Ia tidak ditanam secara meluas di Malaysia. Bahan-bahan ni, kita bukan import sikit-sikit.
Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30 tanpa kawalan harga/subsidi kepada dedak. Sebenarnya, pengilang dedak, penternak dah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan. Bila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi.
Jadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan sementara kami nampak titik keluar. Jadi sebab itulah ayam kurang. Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup.
Kemudian, harga kawalan makin turun RM9.10, kemudian RM8.90 ada pula buat RM8. Penternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar. Bukan anak ayam tiada atau bermasalah, tapi siapa yang nak ternak ayam bila rugi.
Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Kami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal, dan dalam masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas dalam harga mampu milik.
Penulis sebelum ini pernah mendedahkan punca harga ayam naik?
Dari kartel yang kemudiannya memberi alasan perlu import ayam untuk mencukupkan keperluan rakyat di negara ini.
Apabila import berlaku, kartel dan pihak tertentu ini meraih keuntungan kerana tidak perlu memperolehinya daripada penternak tempatan.
Apa menyedihkan kerajaan ketika ini masih tidak nampak tidak sedar, tidak mahu mempercayainya atau sengaja tidak mahu mempercayainya.
Atau menteri yang berkenaan sengaja buat-buat tidak nampak kerana hipotesisnya wujud pakatan atau konspirasi membabitkan pihaknya?