KOTA TINGGI : Exco Wanita UMNO Datin Shamsiah M Yassin berharap kehadiran 70 jentera Barisan Nasional dari Arau, Perlis sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung tidak lama lagi.
Seramai 70 orang tiba di Kampung Temenin Baru, di sini bagi membantu kelancaran PRN yang bakal menjelang.
“Alhamdulillah…Rombongan daripada Perlis seramai 70 orang telah sampai di Kampung Temenin Baru selama dua minggu bagi membantu PRN Johor.
“Ini yang mana Perlis berperanan sebagai keluarga angkat kpd dua DUN iaitu PANTI dan Pasir Raja.
“Gerak kerja kami adalah untuk menyantuni pengundi-pengundi dan dalam masa yang sama membantu orang ramai ketika PRN nanti.
“Sebanyak tujuh buah rumah diambil bagi memuatkan jentera daripada Perlis,” katanya.
Tambah Shamsiah, beliau berharap inisiatif dan aktiviti-aktiviti yang disusun juga dapat membantu peningkatan majoriti dalam pengundian.
Lebih menarik, dua tukang masak dari Perlis turut di bawa turun bagi membantu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi merasai masakan tempatan.
“Biarpun PANTI dan Pasir Raja sering menang namun ia bukan tiket untuk memandang mudah PRN kali ini. Kalau boleh, saya mahu meningkatkan jumlah majoriti kemenangan.
“Antara aktiviti-aktiviti yang di susun adalah untuk turun dari rumah ke rumah dan ke PDM bagi kawasan ini.
“Malah, dua tukang masak dari Perlis juga turut di bawa turun bagi menjemput penduduk tempatan merasa sendiri makanan popular di Perlis,” katanya.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula dengan proses penamaan calon bagi semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
PRN Johor pada 12 Mac ini menjadi pertembungan yang paling sengit dalam sejarah negeri itu apabila seramai 239 calon disahkan akan bertanding untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).