spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka WP libatkan 140 atlet Wilayah

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Penganjuran Kejohanan Sepak Taqraw Terbuka Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 (SHWP2022) pada Selasa lalu menerima penyertaan menggalakkan apabila keseluruhan 140 pemain mendaftarkan diri untuk turut serta dalam sukan itu.

Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Datuk Ramlan Shahean@Askolaniberkata, kejohanan ini bakal dijadikan medan pemanas badan bagi pasukan sepak takraw Wilayah Persekutuan dalam persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung pada tahun ini.

“Kejohanan ini turut melibatkan penyertaan daripada pemain kebangsaan, pemain SUKMA dan juga atlet yang kini sedang berehat daripada saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2022,” katanya.

Ramlan yang juga merangkap sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas ll kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian dalam Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Presint 18, Putrajaya, Jumaat lalu.

Menurut Ramlan, kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 Februari sehingga 6 Februari ini menampilkan seramai 16 regu lelaki dan 12 regu wanita bakal merebut kejuaran berbentuk wang tunai, piala dan pingat bagi kategori yang disertai.

“Kategori Regu Terbuka Lelaki akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000 beserta trofi dan pingat kejuaraan manakala Kategori Regu Terbuka Wanita pula membawa pulang RM1,000 beserta piala dan pingat juga,” katanya.

Tambahnya, kejohanan yang berlangsung di Kompleks Futsal itu merupakan anjuran bersama MSWP dan Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis perasmian ini turut menerima kunjungan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang meluangkan masa beramah mesra bersama pemain-pemain pada hari pertama kejohanan sekali gus memberi kata-kata semangat buat semua peserta terlibat.

sumber Wilayahku

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases