spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kejohanan Low Carbon Sport sempena SHWP

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Seramai 100 peserta menyertai kejohanan sukan ekstrem, Low Carbon Sport (Kuala Lumpur Extreme Jam) bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang bertempat di Kiara SkatePark, di sini.

Gambar ihsan Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan

Kejohanan yang mempertandingkan acara skateboard dan BMX itu berlangsung semalam anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Kelab Sukan Rekreasi Presint Diplomatik.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan termasuklah Bawah 14 Tahun Skateboard, Terbuka Skateboard, Terbuka Stunt BMX dan Terbuka Flatland BMX.

Gambar ihsan Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan

Pemenang Terbuka Skateboard bakal menerima RM2,000 diikuti RM1,000 dan RM700 masing-masing bagi pemenang tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, juara kategori Bawah 14 Tahun Skateboard akan memenangi RM700 sementara tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang RM500 dan RM300.

Gambar ihsan Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan

Pemenang kategori BMX – Terbuka Stunt dan Terbuka Flatland masing-masing akan membawa pulan RM1,000 diikuti RM800 dan RM600 bagi pemenang tempat kedua dan ketiga.

Saingan Low Carbon Sport (Labuan Extreme Jam) yang sepatutnya berlangsung 26 Februari 2022 bagaimanapun terpaksa ditunda berikutan peningkatan kes COVID-19 di Labuan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases