spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kajian pelaksanaan had laju 30 km/j akan diumum dalam masa terdekat

- Advertisement -spot_img

KAJIAN mengenai pelaksanaan had laju 30 dan 50 kilometer sejam (km/j) dalam zon terpilih sekitar ibu negara yang dicadangkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat setelah mengambil kira kepentingan semua pihak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pelbagai pandangan perlu diambil kira bagi mengenal pasti kebaikan dan keburukan pelaksanaannya supaya memberi manfaat kepada semua.

“Kita tahu banyak benda yang kita buat ada setuju dan ada tidak bersetuju. Kita melihat lebih kepada kesesuaian serta penerimaan semua pihak.

“Kita terima semua pandangan berhubung perkara ini dan kita ambil kira semuanya. Apa yang penting matlamat tercapai dan rakyat gembira,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Seri Rosida Jaafar, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Zaizalnizam Zainun.

Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Datuk Suret Singh yang melalui ciapan di Twitternya, memaklumkan pihaknya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama bagi melaksanakan had laju 30km/j di zon terpilih di ibu negara dan 50km/j bagi zon lain.

MIROS mencadangkan had laju 30km/j bagi kawasan perumahan, bandar dan kampung sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalan raya kebangsaan untuk 2021 hingga 2030.

Cadangan had laju itu juga sebahagian daripada kempen ‘Street for Life‘ di bawah Minggu Keselamatan Jalan Raya Global PBB ke-6 (UNGRSW), yang menyasarkan pemberdayaan komuniti di Asia Tenggara untuk melaksanakan had 30 km/j di kawasan yang menyaksikan pejalan kaki bercampur dengan trafik.

Ditanya mengenai terdapat syarikat dan sektor kerajaan yang dikatakan beroperasi pada hari ini walaupun diumumkan sebagai cuti ganti Hari Wilayah, Shahidan berkata pihaknya tiada halangan untuk mereka beroperasi.

“Disebabkan cuti Hari Wilayah bersekali cuti Tahun Baru Cina selama dua hari, jadi kita beri tambahan cuti.

“Kalau ada mana-mana pihak ingin teruskan aktiviti mereka, tiada masalah cuma kemudahan (cuti ganti) kita unjurkan kepada semua pihak,” katanya.

Terdahulu, Shahidan mengetuai program kempen kibar bendera Wilayah Persekutuan di tiga buah kompleks beli belah terkemuka bagi memeriahkan lagi majlis Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang telah memasuki tahun ke-18.

sumber – WILAYAHKU

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases