spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Jangan over confident -Ahmad Maslan

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Emosi dan persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional berubah positif, ini bukan bererti kita perlu “over confident”,”kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian malam tadi menerusi sesi temu bual secara langsung di Facebook.

“Saya bersama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), kami sudah adakan taklimat jentera Pilihan Raya untuk negeri Johor zon tengah, zon barat, zon selatan dan utara, manakala zon timur melibatkan 26 kawasan parlimen, 56 kerusi dewan undangan negeri.

“Kami memberikan arahan kepada jentera, “jangan terlebih yakin”, kena terus berusaha, ada 15 hari lagi sebelum hari penamaan calon, selepas itu semua diberikan peluang selama 14 hari untuk berkempen secara rasmi,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Ahmad Maslan meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi hati rakyat di negeri Johor, memandangkan kerajaan sebelum ini gagal melunaskan janji dan kini BN tampil menebus segalanya sekiranya diberikan peluang kembali untuk memerintah.

“Kita akan terus berusaha untuk memenangi kempen kali ini, mudah-mudahan rakyat juga, memberikan peluang kepada kami untuk berkhidmat kerana sebelum ini rakyat sudah memberikan peluang kepada Pakatan Harapan (PH).

“Tetapi mereka tidak dapat melaksanakan tugas pemerintahan yang baik, akhirnya kebanyakan rakyat beranggapan lebih baik tumpukan kepada BN untuk teruskan pemerintahan.

“Harapan kita untuk mendapatkan kemenangan kali ini, lebih 2/3 kemenangan yang diperlukan, itulah hasrat BN,” ujar Ahmad Maslan.

Dalam pada itu beliau berkata, BN kini memasang strategi dengan menggerakkan jentera parti ke setiap zon kawasan di negeri berkenaan.

“Bila UMNO dan BN membuat keputusan untuk mengadakan PRN ini dan akhirnya mendapat berkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Johor, jadi segala gerak kerja akan dilaksanakan, pastinya kita berharap BN boleh mendapat kemenangan,” perkongsiannya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases